KUALA LUMPUR: Penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti seperti dicadangkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat mampu mengubah nasib golongan berkenaan.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad berkata keberhasilan program seperti itu boleh dilihat pada tahun 70-an apabila kerajaan berjaya membantu golongan itu melalui beberapa program seperti asrama, biasiswa dan pinjaman.
"Pada tahun 70-an program-program sebegini mampu membuka peluang yang luas kepada anak-anak golongan ini. Ramai daripada mereka (yang telah dibantu) cemerlang dalam pendidikan dan telah mengubah nasib mereka dengan menjadi kumpulan profesional mempunyai pendapatan yang lebih baik.
"Dasar ini sekiranya berjaya dibentang dan dilaksanakan sudah pasti memberi impak yang besar bukan sahaja kepada golongan tersebut malah kepada negara juga dalam merapatkan jurang kemiskinan di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam melaksanakan dasar ini, kerajaan perlu memastikan definisi golongan miskin mana yang perlu ditaja kerana terdapat bermacam-macam bentuk dan kategori kemiskinan di negara ini.
"Perlu penelitian daripada KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) kerana kita tidak mahu pelaksanaan dasar ini kelak akan membuka ruang kritikan kepada penganjuran program ini.
"Diharap KPT mempunyai garis panduan yang jelas bagaimana pelaksanaan penajaan ini dan mesti ada definisi, kerangka serta penjelasan bagi mereka yang layak dalam proses pemilihan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata dengan penawaran program tersebut, pembentukan modal insan dalam kalangan golongan miskin dan B40 akan dapat direalisasikan secara menyeluruh.
Beliau berkata program itu akan memberi ruang kepada pelajar terlibat untuk akses kepada pendidikan dan pengetahuan yang melaluinya akan mengeluarkan golongan itu dan keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan.
"Penawaran program ini sudah semestinya akan membantu terutamanya keluarga miskin dan B40 agar mendapat peluang pendidikan yang sama seperti golongan masyarakat yang lain di Malaysia.
"Dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara, program ini dilihat mampu dilaksanakan dengan sekurang-kurangnya memberikan bantuan pembiayaan yuran pendidikan secara percuma bagi golongan ini," katanya.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah keseluruhan penerima dan implikasi kewangan negara yang akan terlibat, katanya.
Beliau berkata program itu merupakan rentetan daripada pengenalan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) sebelum ini yang kedua-dua program berkenaan mempunyai ciri persamaan yang tertumpu kepada keluarga miskin atau B40.
Ditanya adakah ini merupakan langkah awal untuk menyediakan pengajian percuma untuk rakyat Malaysia, beliau berkata rakyat perlu realistik kerana pelaksanaan pengajian percuma secara keseluruhan akan menyebabkan implikasi kewangan yang besar kepada negara.
Pada 30 Jan lepas, Mohamed Khaled mengumumkan akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti dan mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar berterusan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Dalam melaksanakan dasar ini, kerajaan perlu memastikan definisi golongan miskin mana yang perlu ditaja kerana terdapat bermacam-macam bentuk dan kategori kemiskinan di negara ini.- Gambar fail/BERNAMA
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Tajaan pengajian percuma di universiti mampu ubah nasib keluarga miskin
Penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti dilihat mampu mengubah nasib golongan berkenaan.

Pengajian percuma buat pelajar generasi pertama keluarga miskin
Program penajaan pengajian percuma sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran.