Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pengusaha kedai gunting rambut, salun dan salun kecantikan di negara ini adalah memuaskan iaitu melebihi 90 peratus sejak sektor itu dibenarkan beroperasi semula pada 10 Jun lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata berdasarkan 551 pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis berkenaan sejak tarikh tersebut, tiada pengusaha yang diarahkan menutup operasi.
"Penguat kuasa kementerian akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan kerana kedai gunting rambut mudah terdedah kepada jangkitan COVID-19 disebabkan perkhidmatan melibatkan kontak fizikal," katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat Prifaria Distribution Haulage cawangan Prai dekat sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata sehingga kini sebanyak 788 notis melibatkan Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga.
Terdahulu, Nanta turut meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat syarikat Heap Lee Chan Sdn Bhd di Simpang Empat Bukit Mertajam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020
Penguat kuasa kementerian akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan kerana kedai gunting rambut mudah terdedah kepada jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander
KKR sentiasa memantau perkembangan industri pembinaan khususnya melibatkan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.
Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu
Bekas Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu berkuat kuasa hari ini.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Jejambat SPE selamat digunakan, alat pengesan keretakan akan dipasang - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) mengesahkan tiada keretakan pada persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan berhampiran Jalan Cheras.
KKR sahkan tiada keretakan di jejambat SPE
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan tiada sebarang keretakan berlaku di jejambat Lebuhraya Setiawangsa - Pantai (SPE) di Jalan Cheras, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.
LLM, syarikat konsesi diarah periksa dakwaan keretakan di SPE
LLM dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) diarah membuat pemeriksaan dan penilaian segera di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan yang didakwa retak.
Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.
Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana
KKR akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menangani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
KKR bangunkan pusat informasi dan data analitik sektor pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) membangunkan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatannya.