FIMA Lifesavers Day adalah sebuah projek yang berpusat di negara London, dianjurkan oleh British Islamic Medical Association (BIMA) bermula dari tahun 2014. Tahun ini merupakan tahun kelapan program ini dianjurkan dan dilaksanakan pada setiap hari Sabtu, minggu terakhir bulan September, setiap tahun.
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk:
i. Menyatukan komuniti ahli perubatan dalam melaksanakan tugas utama iaitu berkhidmat untuk masyarakat; ii. melihat peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kes serangan jantung luar daripada pemantauan hospital; dan
iii. menghadirkan rasa tanggungjawab, kebersamaan dan kemahiran yang diperlukan sekiranya
menghadapi situasi kecemasan seperti serangan jantung dan tercekik.
Ketika kita menyaksikan pertumbuhan perubatan yang maju di mana jangka hayatnya meningkat, dan penyakit yang kompleks dapat diatasi dengan berjaya, namun kadar kelangsungan/ kemandirian (survival rate) jantung di luar hospital masih tidak berubah dalam beberapa dekad terakhir walaupun kita berada di kedudukan nombor satu di dunia untuk penjagaan kesihatan terbaik dalam kategori indeks Persaraan Global Tahunan Hidup Antarabangsa 2019.
Maklumat orang ramai mengenai serangan jantung di hospital masih terhad menyebabkan kesedaran yang buruk dan kadar implementasi resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam kalangan masyarakat umum yang rendah. Permulaan teknik CPR dalam 10 minit pertama dapat meningkatkan kadar kelangsungan serangan jantung.
Tahun 2019 merupakan tahun pertama Malaysia menyertai program antarabangsa ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) bersama dengan rakan-rakan kolaborasi. Ianya telah dilaksanakan di Masjid Negara dan Masjid Jamek Kampung Baru dan pihak persatuan telah mendapat sokongan luar biasa daripada masyarakat setempat di mana sebanyak 500 orang peserta bersama 200 sukarelawan perubatan telah terlibat (http://www.imamalaysia.org/what-we-do/fima-lifesavers/).
Tahun berikutnya, program ini diadakan secara fizikal dan atas talian di mana seramai 78 orang peserta dan ahli perubatan yang terlibat secara fizikal di Surau Al-Hijrah Kota Warisan, Sepang manakala terdapat 102 peserta yang mengikuti program secara atas talian berikutan daripada penularan wabak COVID-19.
Tahun ini merupakan tahun ketiga pihak persatuan menganjurkan program ini bersama rakan-rakan kolaborasi tempatan yang lain iaitu:
• Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Universiti Teknologi MARA (UiTM)
• Universiti Malaya (UM)
• International Islamic University Malaysia (IIUM)
• Universiti Sains Malaysia (USM)
• Malaysia Resuscitation Association (MyRES)
• PutraMed CAST
• Kelab Kepimpinan Putra (Keputra), Universiti Putra Malaysia
Antara negara lain yang akan turut menyertai program ini adalah United Kingdom, Nigeria, Kenya, Pakistan, Zimbabwe, Uganda, Malawi, Australia dan Indonesia. Program akan diadakan serentak bersama dengan negara lain pada 25 September 2021 (Sabtu). Siaran langsung program di Malaysia akan bermula pada jam 9.30 pagi melalui media sosial, Facebook program di @FIMALifesaversMalaysia.
Terdapat kelainan dari segi pelaksanaan program tahun ini bagi mematuhi sekatan dan tatacara pelaksanaan program yang telah ditetapkan oleh kerajaan akibat daripada penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara. FIMA Lifesavers 2021 akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian menggunakan ciri Breakout Room di aplikasi Zoom. Dengan penggunaan ciri ini, latihan bantuan kecemasan asas akan dilaksanakan secara interaktif dan lebih efektif bersama para peserta yang menyertai program ini. Lebih daripada 30 pelatih profesional (trainer/instructor) dari pusat/institusi perubatan akan membantu menjayakan program ini.
Selain itu, para peserta juga akan diberikan tugasan untuk mereka manikin buatan sendiri menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah. Antara bahan yang boleh digunapakai adalah baju t-shirt, tisu, kertas, tuala, botol air 2L dan getah pengikat. Manikin tersebut dapat digunakan oleh para peserta untuk mempraktikkan latihan bantuan pernafasan yang akan diajar dan dilatih oleh pelatih profesional.
Pertandingan manikin terbaik dan kuiz juga akan diadakan dan sejumlah RM1,000 ganjaran akan diterima oleh para pemenang. Bagi peserta yang tidak berpeluang untuk mendaftar sesi interaktif bersama pelatih, mereka boleh menonton siaran langsung demonstrasi bantuan kecemasan asas oleh pakar di ruang facebook @FIMALifesaversMalaysia.
Harapan ahli jawatankuasa program adalah agar program ini dapat menjangkau lebih ramai masyarakat yang mempunyai ilmu dan keyakinan untuk mengimplementasi kaedah-kaedah bantuan kecemasan asas khusus untuk pesakit serangan jantung dan tercekik.
Kami turut mengambil cakna dari ayat Al-Quran, surah Al-Maidah ayat 32, terjemahannya;
…Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya…”
Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama sokongan daripada ahli jawatankuasa program, para pelatih profesional dan para peserta dari pelbagai peringkat umur. Pihak persatuan juga berhasrat untuk mengikuti program antarabangsa ini setiap tahun.
Ikuti perkembangan program di laman media sosial;
FB : @FIMALifesaversMalaysia
IG : @lifesaversmalaysia
Kenyataan Media
Thu Sep 16 2021
IMAM berharap program ini dapat menjangkau lebih ramai masyarakat yang mempunyai ilmu dan keyakinan untuk mengimplementasi kaedah-kaedah bantuan kecemasan asas. - Gambar/ IMAM
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Tahap kesedaran mengenai CPR masih rendah di Malaysia, IMAM aktif anjur kempen selamat nyawa
IMAM berharap program kesedaran dapat menjangkau lebih ramai masyarakat yang mempunyai ilmu dan keyakinan untuk mengimplementasi kaedah-kaedah bantuan kecemasan asas.