SHAH ALAM: Polis Selangor akan memberi fokus terhadap aspek kecuaian anggota dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan kes kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kes itu kini telah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan di mana anggota dengan cuai membiarkan tahanan melarikan diri.
Beliau berkata, pegawai penyiasat terlibat juga telah ditukarkan sementara pihaknya menunggu hasil siasatan lanjut berhubung kes itu.
"Tindakan selanjutnya akan diambil selepas ini bergantung kepada hasil siasatan yang diperolehi nanti.
"Kertas siasatan mati mengejut (SDR) turut dibuka selari dengan tujuan kita untuk tentukan punca kematian dan pemeriksaan di lokasi kejadian juga telah dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor," katanya pada sidang media di IPK Selangor pada Jumaat.
Dalam kejadian pada Khamis itu, seorang tahanan di IPD Klang Selatan, lelaki berusia 36 tahun, maut selepas terjun dari aras dua balai berkenaan ketika ditahan untuk soal siasat oleh polis.
Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, sewaktu kejadian, tahanan terlibat cuba melarikan diri ketika sedang menuju ke lokap bersama pegawai penyiasat berpangkat sarjan itu selepas selesai diambil keterangan.
"Semasa sedang menuruni tangga, suspek bertindak menolak pegawai penyiasat itu dan pada masa sama cuba melarikan diri dengan terjun melalui tingkap di tangga berkenaan yang terbuka.
"Berikutan itu, mangsa telah jatuh ke konkrit pemisah antara tingkat satu dan dua sebelum terhempas di atas sebuah motosikal di kawasan parkir," katanya.
Ujar Arjunaidi, mangsa mengalami retak pada tempurung kepala, muka dan beberapa kecederaan lain ekoran kejadian itu.
"Kecederaan lain bergantung kepada pengesahan ujian bedah siasat yang akan dilakukan di Hospital Klang pada petang Jumaat," katanya.
Dalam perkembangan berlainan, Arjunaidi berkata, sejak 1 hingga 3 Jun, sebanyak 487 kompaun telah dikeluarkan oleh polis Selangor susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh semua sektor atau 'total lockdown'.
"Saya juga telah arahkan semua Ketua Polis Daerah untuk tingkatkan sekatan dan pemantauan bagi memastikan semua pihak patuhi SOP ditetapkan," katanya.
Artikel asal disiarkan Sinar Harian: Tahanan maut: Siasatan polis fokus terhadap aspek kecuaian anggota
Sinar Harian
Fri Jun 04 2021
Arjunaidi berkata, kes itu kini telah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Selangor. - Gambar fail
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Polis nafi dakwaan kesan bengkak pada badan tahanan lokap maut di IPD Kuala Langat
Polis Selangor menafikan terdapat kesan bengkak pada badan seorang tahanan yang meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Isnin lepas.
Tahanan maut: Siasatan polis fokus terhadap aspek kecuaian anggota
Pegawai penyiasat terlibat juga telah ditukarkan sementara pihaknya menunggu hasil siasatan lanjut berhubung kes itu.