Penduduk Kampung Paya Jaras Tengah berada dalam ketakutan selepas mengetahui berita tahanan polis meloloskan diri di sekitar kawasan kediaman mereka.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hawa berkata, beliau merasakan kawasan kediaman yang didudukinya ketika ini seperti sudah tidak selamat.
"Pada malam kejadian itu, saya dan suami sedang menonton televisyen. Tiba-tiba kami terdengar bunyi orang berlari dengan hentakan kaki yang sangat kuat.
"Keesokan harinya baru kami tahun bahawa seorang tahanan polis terlepas. Memang takut selepas mendapat tahu maklumat mengenai tahanan terlepas itu. Saya pastikan rumah saya berkunci dan tingkap ditutup dengan rapat," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang peniaga, Kamariah Mohd yang tinggal di kawasan kampung Paya Jaras Tengah khuatir sekiranya OKT (orang kena tuduh) berkenaan memecah masuk rumahnya.
"Saya bimbang dan takut sekiranya tahanan itu menerjah kedai atau rumah kami. Bila dapat tahu mengenai perkara ini saya bertambah takut apabila kawasan sekitar ini memang banyak kes pecah rumah dan samun," katanya.
Pada 7 Disember, seorang OKT berusia 34 tahun yang masih dalam keadaan bergari dan berbaju lokap berwarna jingga melarikan diri ketika berada di bawah tahanan polis daerah Klang Utara dalam satu rancangan serbuan di Paya Jaras.
Tahanan itu dipercayai terlibat dengan 20 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara.
Mariah Ahmad
Wed Dec 09 2015

Gambar OKT berusia 34 tahun yang telah meloloskan diri dari tahanan polis dan kini dipercayai berada di sekitar kawasan Kg Paya Jaras. - Sumber foto polis
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Dadah bernilai RM1.08 juta dirampas dalam tiga serbuan di Selangor
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.08 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Shah Alam, Klang Utara, dan Ampang Jaya pada 31 Dis lepas.

Mayat lelaki berjambang hingga ke dada ditemui dalam longkang
Mayat tanpa identiti berkenaan dipercayai warga asing hasil daripada laporan bedah siasat.

PKPB Mukim Klang: Sekatan jalan raya terus diperhebat
Sekatan jalan raya terus dipertingkatkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Mukim Klang.

PKP Fasa II: Sekatan jalan raya dan penutupan jalan di Klang
Beberapa sekatan jalan raya dan penutupan jalan utama ditetapkan di Klang Utara dan Selatan untuk fasa kedua PKP.

Seorang maut, seorang koma, dua lagi cedera dipanah petir ketika bermain bola
Seorang maut, seorang koma dan dua lagi cedera selepas dipanah petir ketika bermain bola sepak.

Tahanan lolos: "Lepas tahu OKT terlepas, saya terus tutup pintu, kunci rumah!" - Penduduk
Penduduk Kg Paya Jaras Tengah dalam ketakutan selepas mengetahui berita tahanan polis meloloskan diri di sekitar kawasan kediaman mereka.

Tahanan lolos: Polis nafi tahanan dijumpai, usaha pemburuan terus dipergiat
Polis menafikan maklumat seorang tahanan yang melarikan diri 7 Dis lalu telah diberkas semula seperti yang tersebar di media sosial.