PUTRAJAYA: Penubuhan Tabung Komuniti Filem hari ini merupakan antara usaha gigih Kerajaan Perpaduan untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan penggiat industri filem negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata antara objektif tabung itu adalah untuk mengendalikan program komuniti filem, ziarah anak seni dan kempen kesedaran memajukan industri perfileman Malaysia, selain mengagihkan bantuan atau memberi sumbangan dan derma kepada komuniti filem yang memerlukan.
Dalam mengalu-alukan syarikat korporat, yayasan, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu untuk bekerjasama dan menyumbang kepada Tabung Komuniti Filem, Fahmi berkata objektif lain adalah untuk membiayai aktiviti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkaitan dengan pembangunan komuniti filem.
"Tabung ini berperanan untuk menyelaras agihan bantuan, sumbangan, kutipan derma yang diterima melalui kerjasama daripada badan-badan kerajaan, NGO, persatuan, syarikat swasta dan individu," katanya ketika berucap melancarkan Tabung Komuniti Filem di sini hari ini.
Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Fahmi memberi bayangan pakej RAHMAH keselamatan sosial untuk pemain industri kreatif dan wartawan bakal diperkenalkan susulan pertemuannya dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru-baru ini.
"Saya sebelum ini sebut keperluan untuk jaga kebajikan bukan hanya mereka terlibat dalam industri kreatif malah juga dalam kalangan wartawan. Saya lihat wartawan yang berstatus 'stringer' sering kali hadapi isu dalam keselamatan sosial.
"Insya-Allah, mungkin pakej lebih RAHMAH kerana kita tahu ia ada melibatkan sedikit kos, tetapi saya difahamkan jumlah tidak terlalu besar, namun manfaatnya lebih banyak, dan ini kita sedang bincangkan, " katanya.
Beliau turut mengarahkan Finas dan Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) untuk mengadakan perbincangan segera mengenai perkara itu dengan PERKESO.
"Finas dan MyCV adakan sedikit perbincangan dengan Perkeso untuk teliti aspek keselamatan sosial para pekerja dalam industri kreatif... ada aspek keselamatan sosial perlu diberi perhatian termasuk isu pencen kilat dan khairat kematian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (dua, kiri) melancarkan Tabung Komuniti Filem pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) 2023 dan Pelancaran Tabung Komuniti Filem di kementeriannya hari ini. - Foto BERNAMA
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Tabung Komuniti Filem untuk kesejahteraan, kebajikan penggiat industri filem
Penubuhan Tabung Komuniti Filem hari ini merupakan antara usaha gigih Kerajaan Perpaduan untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan penggiat industri filem negara.