Tabung Haji merancang untuk membina kompleks sendiri di Mekah dan Madinah bagi memudahkan umat Islam negara ini mengerjakan haji dan umrah.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah berada di Arab Saudi bagi melihat beberapa cadangan tanah yang akan dipajak selama 100 tahun.
Menurut beliau, cadangan tersebut adalah atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud baru-baru ini.
Beliau yakin, dengan usaha berterusan dan hubungan baik antara Perdana Menteri dan Raja Salman, Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah akan dapat direalisasikan.
"Insya Allah, dalam masa terdekat ini, kita akan pastikan tanah mana yang kita bersetuju dan kita akan memeterai perjanjian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan sumbangan kepada 1,000 asnaf dan golongan kurang bernasib baik sempena program Ziarah Ramadan Parlimen Kampar di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohammed Radzi Manan.
Abdul Azeez memberitahu, selain wang zakat RM7 juta daripada Yayasan Tabung Haji yang diagihkan kepada asnaf, UMNO turut menyumbang RM8 juta lagi untuk sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, kira-kira 121,000 umat Islam di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak menerima sumbangan itu, tanpa batasan politik.
Menurutnya, di Perak, tujuh parlimen di pilih untuk menerima sumbangan itu di mana setiap parlimen menerima RM300,000.
Astro Awani
Wed Jun 07 2017
Dengan usaha berterusan dan hubungan baik antara Perdana Menteri dan Raja Salman, Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah akan dapat direalisasikan. - Gambar fail
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tabung Haji mahu bina kompleks di Mekah dan Madinah
Tabung Haji merancang untuk membina kompleks sendiri di Mekah dan Madinah bagi memudahkan umat Islam negara ini mengerjakan haji dan umrah.