KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pasukan Jihad Tangani Inflasi menolak syor untuk menaikkan atau mengapungkan harga gred kawalan telur ayam.
Justeru kata Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa harga gred kawalan berkenaan akan dikekalkan.
"Daripada tinjauan kita ada kekurangan bekalan telur ini, kerana subsidi 3 sen kerajaan didakwa pengeluar dan pengedar sebagai tidak cukup attractive (menarik) sebab kos mereka adalah lebih tinggi. Apa yang dilakukan, mereka keluarkan telur tiada harga kawalan seperti telur Omega, menyebabkan bekalan gred kawalan berkurangan.
"Sebagai contoh, apabila lepasi umur tertentu, ayam itu akan keluar gred kita nak, tetapi sebab tidak berapa untung, penternak keluarkan makanan tertentu untuk (ayam hasilkan) telur Omega sebab tidak ada harga kawalan. Jadi mereka tidak biar ayam keluarkan telur gred dikawal tetapi keluarkan gred premium lain," katanya semasa sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, bagi cadangan kedua iaitu syor semakan semula jumlah subsidi kepada pengeluar telur gred A, B, dan C akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
"Oleh kerana ini di luar skop jawatankuasa, maka ia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok (Jumaat) kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerana nilai yang diluluskan setakat ini ialah RM34 juta sebulan," ujarnya lagi.
Sementara itu, katanya, Jualan Murah Keluarga Malaysia sedang dilaksanakan di 585 premis dan merupakan angka terbesar sejak program itu dilancarkan.
"Ia telah mencapai 92 peratus, daripada kedai yang melaksanakan Jualan Murah Keluarga Malaysia, meliputi kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) seluruh negara. Kita harap dapat buka lagi banyak selepas ini," ujarnya.
Selain itu, 15 juta rakyat telah menerima manfaat daripada Jualan Murah Online De Dagang bagi tempoh 19 hingga 25 September lalu.
"15 juta rakyat menerima manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan subsidi, penghantaran secara online. 241,000 peniaga mendapat manfaat daripada program ini," tambahnya.
Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan membawa cadangan penambahan 5,000 metrik tan minyak masak peket bersubsidi ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Annuar yang juga menteri K-KOMM berkata, langkah itu bagi mengimbangi bekalan minyak masak sedia ada dan memenuhi permintaan pasaran termasuk program jualan murah.
"Kementerian telah membuat cadangan untuk melaksanakan bekalan tambahan 5,000 metrik tan untuk dipohon mendapat kelulusan jemaah menteri esok untuk bolehkan bekalan tambahan minyak bersubsidi dalam plastik dikeluarkan untuk mengimbangi bekalan daripada sedia ada, iaitu sebanyak 60,000 metrik tan.
"Jadi ada 5 ribu tambahan kita akan pohon supaya bekalan lebih kemas dan sampai ke pusat tertentu termasuk program jualan murah sednag mendapat sambutan baik sekali," katanya lagi.
Rahimah Abdullah
Thu Oct 06 2022
Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa harga gred kawalan terlur ayam akan dikekalkan. - Foto Facebook/Annuar Musa
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
Harga maksimum minyak masak tidak bersubsidi ditentukan bulanan, harga Ogos RM34.70
Bermakna minyak masak lima kilogram pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70 bermula 8 Ogos ini.