KUALA LUMPUR : Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu sebagai usaha untuk menurunkan harga makanan.
"Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan, terutama yang disewakan kepada peniaga kecil, perlu menurunkan kadar sewa paling minima 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
"'Ini adalah usaha tambahan kerajaan untuk menyambung inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah Datuk Seri Noraini Ahmad yang telah memberikan pengecualian bayaran sewa enam bulan kepada kafe, kantin dan penyedia makanan bermasak di kampus-kampus.
"Lebih 800 pengusaha yang mendapat kemudahan itu dan mereka sukarela menyediakan makanan termasuk pada harga minimum RM3.50 dan terbukti itu boleh dilakukan.
"Maka kita ingin melanjutkan dasar kecaknaan kepada peniaga kecil termasuk di bawah bandar raya, dan kementerian hendaklah menurunkan sewa pada kadar minima 10 ke 20 peratus," katanya semasa sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Khamis.
Beliau pada masa sama menggalakkan mana-mana kementerian memberi pemotongan kadar sewa lebih daripada kadar minimum berkenaan.
"Sebagai contoh Kementerian Wilayah Persekutuan menawarkan 50 peratus potongan kadar sewaan di premis DBKL.
"Tindakan sama juga dilakukan Perbadanan Putrajaya dengan melaksanakan pemotongan sewa di semua medan selera, kiosk, food truck, lot kedai, peniaga, usahawan anak muda kota dan sebagainya.
"Penyewa pasar, pusat penjaja juga diberi penurunan sewa hingga 50 peratus oleh DBKL yang memberikan manfaat lebih 5,000 peniaga sekurang-kurangnya.
"Jadi ia perlu disusuli kementerian lain, selari dengan persetujuan dibuat Jemaah Menteri semalam," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Thu Aug 11 2022
![Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660208965_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan yang dipersetujui jemaah menteri itu sebagai usaha untuk menurunkan harga makanan. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660208965_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
![Harga maksimum minyak masak tidak bersubsidi ditentukan bulanan, harga Ogos RM34.70 Harga maksimum minyak masak tidak bersubsidi ditentukan bulanan, harga Ogos RM34.70](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658213315_TBANNUAR.jpg)
Harga maksimum minyak masak tidak bersubsidi ditentukan bulanan, harga Ogos RM34.70
Bermakna minyak masak lima kilogram pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70 bermula 8 Ogos ini.