KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah berbincang dengan ahli kumpulan nilai tambah WhatsApp mengenai kenyataan yang perlu dikeluarkan kepada media berkaitan kehilangan RM250,000 di kediamannya bagi menutup mulut masyarakat.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Taufik Awaludin berkata perbincangan kumpulan WhatsApp tersebut diperoleh daripada laporan forensik yang diambil dalam telefon bimbit Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika itu.
"Dalam kumpulan WhatsApp itu juga, YB Syed Saddiq ada membincangkan mengenai naratif bagaimana alasan yang perlu dikeluarkan kepada pihak media mengenai kehilangan wang tersebut.
"Perbincangan itu mengenai kenyataan media yang perlu dikeluarkan bagi menutup mulut masyarakat. Di akhir perbincangan dalam kumpulan WhatsApp itu, YB Syed Saddiq tidak bersetuju dengan cadangan ahli kumpulan dan memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa sumber wang tersebut adalah daripada ibu, ayah dan beliau sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Muhammad Asyraf Mohamed Tahir pada hari pertama perbicaraan kes Ahli Parlimen Muar itu yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.
Saksi pertama pendakwaan itu juga tidak bersetuju dengan peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Saddiq, bahawa wang itu adalah daripada ibu dan bapa Syed Saddiq untuk mengubah suai rumah.
Wan Shaharuddin: Mengapa anda tidak bersetuju?
Muhammad Taufik: Saya tidak bersetuju kerana dalam laporan forensik itu juga terdapat perbincangan dalam kumpulan WhatsApp bahawa wang tersebut adalah daripada dana budi bicara yang dahulu pernah dimohon oleh YB Syed Saddiq.
Selepas itu, YB Syed Saddiq berbincang mengenai kenyataan media yang perlu dikeluarkan dan YB Syed Saddiq memilih untuk membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu.
Wan Shaharuddin: Siasatan anda tentang kehilangan duit di rumah YB Syed Saddiq, ada tak kaitan dengan pertuduhan pengeluaran wang RM1 juta?
Muhammad Taufik: Ada.
Muhammad Asyraf kemudian meminta saksi itu menjelaskan kenyataannya bahawa kehilangan wang RM250,000 mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.
Muhammad Taufik menjawab "Kaitannya adalah tanpa siasatan melibatkan keterangan beberapa saksi, tidak akan jumpa petunjuk bagi pertuduhan lain, oleh itu pertuduhan yang dihadapi YB Syed Saddiq dapat disiasat."
Dirujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Syed Saddiq, saksi itu berkata laporan tersebut menyatakan bahawa pada 7.51 petang 29 Mac 2020, sejumlah wang tunai iaitu kira-kira RM250,000 dalam peti besi di kediaman Syed Saddiq telah dicuri.
"Tiada sebarang kesan umpil manakala keadaan rumahnya kemas dan telah menetapkan kod rahsia pada peti besi itu dan hanya orang tertentu sahaja mengetahui kod tersebut," katanya.
Menurut Muhammad Taufik, ibu dan bapa Syed Saddiq juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wang tersebut.
Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
![Syed Saddiq bincang kenyataan media tutup mulut masyarakat berkaitan kehilangan RM250,000 - Saksi Syed Saddiq bincang kenyataan media tutup mulut masyarakat berkaitan kehilangan RM250,000 - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655809724_SyedSaddiq.jpg)
Ahli Parlimen Muar itu yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram. - Gambar/ Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715746840_TBsyedsaddiqjpg.jpg)
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
![Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707215869_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa kerajaan terlibat dalam proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
![Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706503931_TBSYEDSADDIQjpg.jpg)
Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan membawa usul pemansuhan pencen ahli politik peringkat Persekutuan dan negeri di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
!['Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida 'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699588929_TBSyedSaddiqjpg.jpg)
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
![Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699352271_SyedSaddiqSyedAbd.jpg)
Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini
Nasib Syed Saddiq sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.
![Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688275859_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
![PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694677512_TBMASHUP.jpg)
PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana Ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.
![Hipokrit! - kata Syed Saddiq kepada kerajaan Hipokrit! - kata Syed Saddiq kepada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659782595_TBSYEDSADDIQ.jpg)
"Hipokrit!" - kata Syed Saddiq kepada kerajaan
Tegasnya, sebelum ini dilaungkan mahu lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes dan mahu penjarakan kleptokrat namun hari ini berbeza pula.
![Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694486519_ShahidanKassim.jpg)
Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan
PN meminta Peguam Negara untuk menjelaskan keputusana pembebasan tersebut kerana ramai yang sudah buka mulut, membincangkan kes tersebut.
![Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694429768_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.