Perbadanan Nasional Bhd (PNS) melantik Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas AlHabshee sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Idris Hashim yang telah berkhidmat sejak 10 Jun 2009 sehingga 10 Jun 2015.

Syed Ali menjadi pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan, korporat selain Tourism Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Yayasan Wilayah Persekutuan, demikian menurut PNS dalam satu kenyataan.

PNS merupakan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais Malaysia.