SHAH ALAM: Syarikat utiliti digesa untuk tidak mengambil mudah terhadap kerja baik pulih melibatkan penurapan dan tampalan semula permukaan jalan raya, selepas melakukan kerja mengorek sesuatu kawasan untuk proses penyelenggaraan perkhidmatan masing-masing.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata mereka seharusnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjaga sekiranya proses tampalan dan penurapan jalan raya yang dilaksanakan tidak sempurna.
"Saya akui kita (Kementerian Kerja Raya) ada menerima aduan daripada pengguna, berikutan kerja yang dibuat itu tidak dijalankan dengan sepatutnya. Selepas buat kerja (korek dan tampal jalan) mereka tidak baik pulih semula (seperti keadaan asal).
"Saya ingatkan syarikat utiliti, jangan suka-suka selepas buat kerja dan biarkan saja LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia), menanggung apa sahaja masalah yang lagi teruk. Ini akan menimbulkan masalah keselamatan dan keselesaan kepada pengguna," katanya selepas merasmikan Persimpangan Eco Ardence di Setia Alam di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Nanta menyifatkan pembukaan persimpangan tersebut merupakan bukti kerjasama yang utuh antara pihak kerajaan dan swasta, dalam memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.
Beliau berkata kerja-kerja pembinaan persimpangan yang dilaksanakan bermula pada September 2019 dan siap pada 26 Mac 2023 dengan kos RM50 juta itu, ditanggung sepenuhnya oleh pihak Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia).
"Tujuan persimpangan ini untuk menyediakan laluan yang lebih cekap dan mudah untuk ke kawasan perumahan dan komuniti setempat, bagi mengakses Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) dan juga ke perbandaran Eco Ardence.
"Penambahbaikan infrastruktur ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dengan menghapuskan keperluan untuk membuat pusingan U sebelum plaza tol, yang mempunyai risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Nanta berkata mereka seharusnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjaga. - Gambar fail
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Projek sekolah perlu siap dalam tempoh, harga ditetapkan - Nanta
Beliau berkata dalam konteks Sarawak, kontraktor yang dipilih bagi projek sedemikian telah menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Pembinaan naik taraf jalan ke Pelabuhan Klang guna bahan turapan lebih kukuh - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mencadangkan supaya projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang menggunakan bahan turapan lebih kukuh.
Projek Fasa Kedua IKMAS mampu ganda bilangan kemasukan pelajar - Nanta
Ia dapat menggandakan kapasiti dan bilangan kemasukan pelajar ke institut pendidikan tinggi itu kepada 550 penuntut berbanding 290 pada masa ini.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).
Lebuhraya WISE siap 2028, mampu kurangkan 40 peratus kesesakan - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada 2028.
Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Tol percuma ini akan dilaksana di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Okt (Selasa) dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt 2024 (Rabu).