KUALA LUMPUR: Majlis Ulama UMNO (MUU) menegaskan prinsip bahawa dana sumbangan syarikat terlibat aktiviti yang dikategorikan sebagai memudaratkan seperti arak dan judi adalah tidak wajar dijadikan sumber bagi pusat pendidikan dalam negara.
MUU dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini kerana ia adalah normalisasi terhadap aktiviti yang sepatutnya dijauhi oleh pelajar dan masyarakat sivil.
Selain itu, ia selaras dengan perkara 7.3 pekeliling Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 29 Mac 2018 bahawa tatacara penerimaan sumbangan adalah tidak melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya kerana boleh menjejaskan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani.
Merujuk kepada kehadiran seorang timbalan menteri dalam program seumpama itu, MUU berkata ia berlaku kerana salah faham dan individu terbabit telah memohon maaf.
"Namun MUU menegaskan dan berharap ia tidak akan berulang lagi kepada mana-mana pemimpin kerajaan kerana ia akan memberi mesej yang salah kepada rakyat bahawa berlaku normalisasi terhadap penerimaan dana daripada aktiviti seperti ini," menurut kenyataan itu.
Pada 22 Julai lepas, KPM memaklumkan akan menyiasat laporan berhubung majlis kutipan dana di sebuah sekolah yang melibatkan syarikat minuman keras dan berkata pentadbir institusi di bawah kementerian perlu mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program serta penerimaan sumbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Dana sumbangan syarikat yang terlibat aktiviti yang dikategorikan sebagai memudaratkan seperti arak dan judi adalah tidak wajar dijadikan sumber bagi pusat pendidikan. - Gambar hiasan
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.
Majlis ulama UMNO tumpu angkat martabat umat Islam - Dusuki
Majlis Ulama UMNO (MUU) akan berfungsi sebagai cabang yang berperanan untuk mengangkat martabat agama Islam.