PUTRAJAYA: Pihak industri telekomunikasi dan penyiaran menyediakan beberapa tambah nilai pakej untuk kemudahan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Tawaran itu meliputi Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE bermula dari harga RM1 yang disokong oleh Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile and YTL, katanya.
Selain itu, pemberian data harian sebanyak 1GB oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun ini.
"Inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL dalam menyokong sistem pendidikan juga akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021," kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini.
MCMC berkata pakej Jaringan Prihatin juga dilanjutkan sehingga 30 Sept ini untuk golongan B40.
Suruhanjaya itu berkata tawaran tersebut turut meliputi akses tontonan percuma beberapa saluran premium terpilih oleh syarikat penyiar swasta seperti Astro dan Unifi kepada pelanggan mereka.
Menurutnya, Astro menyediakan saluran percuma iaitu Astro 25 di saluran 100 yang akan menyajikan kandungan tempatan berkisar kepada pengorbanan, semangat patriotik serta kejayaan yang telah Malaysia kecapi.
"Pakej yang ditawarkan ini dijangka memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat untuk menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan, dan pekerjaan di samping meringankan beban perbelanjaan para pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
![Syarikat telekomunikasi, penyiaran tawar tambah nilai pakej sempena Hari Kebangsaan Syarikat telekomunikasi, penyiaran tawar tambah nilai pakej sempena Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629261152_TBMOBILEPUBLIC.jpg)
Pemberian data harian sebanyak 1GB oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun ini. - Gambar hiasan
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir digital, telekomunikasi - Fahmi Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir digital, telekomunikasi - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736255894_FahmiFadzil.jpg)
Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir digital, telekomunikasi - Fahmi
Fahmi turut menyatakan cita-cita Malaysia untuk mengetuai dialog global tentang mengemudi peningkatan kesalinghubungan yang semakin rumit.
![Sisa berkaitan digital melonjak 30 peratus kepada 10.5 juta tan di peringkat global - PBB Sisa berkaitan digital melonjak 30 peratus kepada 10.5 juta tan di peringkat global - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703228497_electronicwaste.jpg)
Sisa berkaitan digital melonjak 30 peratus kepada 10.5 juta tan di peringkat global - PBB
Tiga pengeluar utama sisa itu pada 2022 ialah China (20.9 peratus), Amerika Syarikat (13.9 peratus) dan Kesatuan Eropah (12 peratus).
![Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719957920_BanjirSabah.jpg)
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
![Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715267808_TBTeoNieChing.jpg)
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
![Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715262070_tbTeoNieChing.jpg)
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo
Pemilihan Starlink itu dilakukan memandangkan terdapat kesukaran untuk melakukan pemasangan gentian optik.
![CelcomDigi perkenal logo korporat baharu, aspirasi jadi jenama dipercayai CelcomDigi perkenal logo korporat baharu, aspirasi jadi jenama dipercayai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697783657_tbCelcomDigi.jpg)
CelcomDigi perkenal logo korporat baharu, aspirasi jadi jenama dipercayai
CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) memperkenalkan logo korporat baharunya selepas 10 bulan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd (Digi).
![Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022 Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677136385_maxis.jpg)
Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Maxis berkata keuntungan pada tahun lepas merosot 9.7 peratus disebabkan Cukai Makmur yang dikenakan tahun tersebut.
!['Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja' 'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677022679_AhmedRazman.jpg)
'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'
Katanya, usaha itu perlu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan juga NGO.
![Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus, lepasi sasaran awal 40 peratus - DNB Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus, lepasi sasaran awal 40 peratus - DNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644223989_malaysia.jpg)
Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus, lepasi sasaran awal 40 peratus - DNB
Rangkaian itu kini mencapai 15 juta penduduk melibatkan 3,900 tapak dan bakal capai lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksana sepenuhnya.
![Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672203467_Infrastrukturteleko.jpg)
Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan
Kerajaan negeri bekerjasama dengan telco untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar.