HULU SELANGOR: Kampung Orang Asli Kerling menjadi lokasi pertama di negara ini yang menjalankan pembuktian konsep (POC) Starlink, sebagai alternatif kepada gentian optik bagi capaian talian telekomunikasi yang lebih baik.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pemilihan Starlink sebagai sambungan teras ke menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di kampung berkenaan, dilakukan memandangkan terdapat kesukaran untuk melakukan pemasangan gentian optik.
"Bagi penggunaan gentian optik, kita hadapi kesukaran, kerana jarak menara dengan nod (titik fiber) amat jauh iaitu kira-kira 7.5 kilometer dan banyak melibatkan tanah persendirian.
"Kita lihat ada keperluan untuk selesaikan segera isu perkhidmatan telekomunikasi ini dan ada alternatif Starlink dengan kos munasabah berserta kelajuan yang memuaskan, iaitu sekitar 45 Mbps hingga 56 Mbps.
Jadi kita jadikan ia (sebagai) projek rintis di sini dengan pemasangan dua satelit," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas meninjau pengoperasian dua satelit Starlink di Kampung Orang Asli Kerling, yang terletak kira-kira 18 kilometer daripada pekan Kuala Kubu Baharu.
Turut hadir, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya.
Teo berkata keberkesanan pelaksanaan POC itu akan dipantau MCMC, sebelum diperluaskan ke lokasi lain terutamanya di Sabah dan Sarawak.
"Perkhidmatan ini akan memudahkan urusan harian penduduk bagi tujuan komunikasi, pendidikan dan lain-lain dengan tawaran perkhidmatan telekomunikasi, antaranya daripada syarikat telco utama iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile," katanya.
Pada 4 Mei, MCMC dalam kenyataan memaklumkan langkah menjalankan POC Starlink sebagai alternatif kepada gentian optik, diambil susulan terdapat keperluan kepada perkhidmatan telekomunikasi di perkampungan tersebut.
Menurut MCMC pengaktifan menara itu memberi manfaat kepada lebih 250 masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Teo Nie Ching (kanan) ketika meninjau tapak projek 'Proof of Concept (PoC) Starlink' di Menara Kampung Orang Asli, Kerling hari ini. - Bernama
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo
Pemilihan Starlink itu dilakukan memandangkan terdapat kesukaran untuk melakukan pemasangan gentian optik.