Syarikat penerbangan tambang rendah dari Hong Kong, HK Express, mahu merekrut juruterbang Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi serantaunya dalam menguruskan pengembangan armada dan permintaan yang semakin meningkat bagi destinasi baharu.
Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran Stanley Yau berkata syarikat penerbangan itu mendapati bahawa Malaysia mempunyai ramai juruterbang yang bagus dengan pelbagai latar pendidikan termasuk kemahiran bahasa yang baik.
"Tambahan pula, juruterbang Malaysia dilihat sudah biasa dengan pesawat Airbus A320, A320neo dan A321 yang dimiliki kami," katanya dalam satu sidang media pada Selasa yang dibuat bersempena dengan kempen pengambilan kru kokpit selama tiga hari mulai Isnin.
Syarikat penerbangan itu telah menerima lebih daripada 100 permohonan semalam dan mahu mengambil 18 juruterbang untuk mengisi jawatan dalam pesawat A320 seperti Kapten dan Pegawai Pertama.
HK Express, yang baru sahaja ditubuhkan pada 2013, telah diperolehi oleh Kumpulan Cathay Pacific pada Julai tahun ini.
Menurut Yau lagi, syarikat itu sekarang mengupah kira-kira 207 juruterbang dan memiliki saiz armada sebanyak 24 pesawat yang berkhidmat bagi 26 laluan di seluruh Asia Pasifik.
"Syarikat kami dijangka akan menyaksikan perkembangan pesat dalam tempoh empat hingga enam tahun akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sudah menjadi hab pelancongan antarabangsa yang besar di dunia dengan dua landasan yang sedia ada.
"Apabila landasan ketiga mula beroperasi pada 2024, kapasati lapangan terbang berkenaan akan naik sebanyak 50 peratus," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019
![Syarikat tambang rendah HK mahu ambil juruterbang Malaysia Syarikat tambang rendah HK mahu ambil juruterbang Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61543310544_PILOT.jpg)
Malaysia mempunyai ramai juruterbang yang bagus dengan pelbagai latar pendidikan termasuk kemahiran bahasa yang baik. - Gambar hiasan
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Syarikat tambang rendah HK mahu ambil juruterbang Malaysia Syarikat tambang rendah HK mahu ambil juruterbang Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61543310544_PILOT.jpg)
Syarikat tambang rendah HK mahu ambil juruterbang Malaysia
Malaysia mempunyai ramai juruterbang yang bagus dengan pelbagai latar pendidikan termasuk kemahiran bahasa yang baik.