Syarikat-syarikat di rantau ASEAN hanya mencapai skor 2.1 daripada sembilan mata dari segi pelaksanaan dan mengutamakan hak kanak-kanak dalam amalan syarikat dalam tempoh lima tahun ini.
Pengerusi Global Child Forum, Ulf Karlberg berkata ia berdasarkan kajian ke atas 289 syarikat yang beroperasi di ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina, meliputi sembilan sektor industri.
Karlberg berharap skor indeks itu akan meningkat ke paras sekurang-kurang lima mata dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Berbanding dengan indeks global, indeks di rantau ini masih di belakang. Walaupun ia lebih baik daripada beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara, namun ia masih rendah.
“Memandangkan rantau ini dinamik dengan populasi 600 juta orang, kami berharap syarikat-syarikat di ASEAN akan mendapat prestasi lebih baik.
“Kami harap syarikat-syarikat ini akan mula mementingkan hak kanak-kanak dan ia perlu dimulakan pada peringkat perlembagaan syarikat itu sendiri. Dari situ, kita boleh lihat prestasi (indeks) akan bertambah baik,” kata Karlberg dalam satu sidang media di Global Forum Kanak-Kanak di sini hari ini.
Sembilan penunjuk aras dalam kajian melibatkan dasar buruh kanak-kanak, hak kanak-kanak selain buruh, prestasi dalam laporan, tanggungjawab ahli lembaga, rujukan kepada piawaian antarabangsa, kerjasamana dengan organisasi bukan kerajaan, taksiran materialiti, memacu program strategik dan kebajikan berkaitan hak kanak-kanak.
Selain itu, walaupun kajian menunjukkan 70 peratus daripada syarikat di ASEAN sudah aktif menjalankan program yang mempromosikan hak kanak-kanak, hanya tiga peratus memberi penyelesaian kepada pelbagai isu berkaitan kanak-kanak pada peringkat lembaga.
Karlberg menekankan syarikat-syarikat perlu memahami isu-isu yand didepani kanak-kanak dan meneliti hak kanak-kanak yang wujud, kemudian membentuk polisi oleh ahli lembaga syarikat.
“Ahli lembaga syarikat perlu ambil tanggungjawab ini dan kemudian dilaksanakan kepada pihak pengurusan syarikat dan seterusnya ke seluruh syarikat.
“Mereka (syarikat) perlu lakukan audit, bentangkan keputusan melibatkan kejayaan ataupun kegagalan dalam usaha ini supaya ia dapat terus diperbaiki,” kata Karlberg.
Forum Global Kanak-Kanak kali ini melibatkan 250 pemimpin dari ASEAN dan ia dikendalikan oleh keluarga DiRaja Sweden, H.M King Carl XVI Gustaf of Sweden dan H.M Queen Silvia of Sweden dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran dan amalan hak kanak-kanak di rantau ini.
Malaysia sebagai negara ASEAN telah dipiih bagi Forum Global Kanak-Kanak di peringkat Asia Tenggara kerana faktor kepesatan, pembangunan ekonomi dan komunikasi di ASEAN dan mahu memastikan syarikat-syarikat di rantau ini mengetahui dan melaksanakan hak kanak-kanak dan menyokong Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC).
Dania Zainuddin
Thu May 05 2016
![Syarikat-syarikat ASEAN masih lemah dalam amalan hak kanak-kanak Syarikat-syarikat ASEAN masih lemah dalam amalan hak kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61462440337_UlfKarlberg.jpg)
Karlberg menekankan syarikat-syarikat perlu memahami isu-isu yand didepani kanak-kanak dan meneliti hak kanak-kanak yang wujud, kemudian membentuk polisi oleh ahli lembaga syarikat. - Sumber Gambar: http://globalchildforum.org/
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677689683_DROWNING.jpg)
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
![50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi 50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694749535_earthquake.jpg)
50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi
Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu.
![Suri rumah rancang serangan 9 Mei antara 15 suspek pengganas ditahan Suri rumah rancang serangan 9 Mei antara 15 suspek pengganas ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71490713044_WOMENHANDCUFF.jpg)
Suri rumah rancang serangan 9 Mei antara 15 suspek pengganas ditahan
Seorang suri rumah ditahan pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM di Puchong pada 9 Mei lepas kerana merancang serangan pada hari pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada hari yang sama.
![Syarikat-syarikat ASEAN masih lemah dalam amalan hak kanak-kanak Syarikat-syarikat ASEAN masih lemah dalam amalan hak kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61462440337_UlfKarlberg.jpg)
Syarikat-syarikat ASEAN masih lemah dalam amalan hak kanak-kanak
Syarikat-syarikat di rantau ASEAN hanya mencapai skor 2.1 daripada 9 mata dari segi pelaksanaan dan mengutamakan hak kanak-kanak dalam amalan syarikat dalam tempoh lima tahun ini.