MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata syarikat swasta akan menguruskan tempat letak kenderaan di Hospital Melaka pada tahun depan dalam usaha menyelesaikan isu tapak meletak kenderaan yang terhad di hospital berkenaan.
Ab Rauf berkata penswastaan berkenaan juga akan melibatkan penggunaan beberapa mekanisme seperti perkhidmatan 'valet parking' atau 'jockey' yang akan turut diperkenalkan.
"Inisiatif ini sedang diuruskan pihak teknikal Kementerian Kesihatan dan Hospital Melaka dijangka akan mengeluarkan tender kepada pihak swasta untuk menguruskan tempat meletak kenderaan pada tahun hadapan.
"Pihak swasta juga akan mengemukakan beberapa mekanisme yang sesuai digunakan bagi mengatasi isu tempat meletak kenderaan yang terhad di hospital ini dan kaedah berkenaan akan dipilih oleh pihak pengurusan Hospital Melaka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan Program Bayi Merdeka Hospital Melaka yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem.
Ab Rauf berkata penyerahan pengurusan tempat meletak kenderaan berkenaan kepada pihak swasta juga bertujuan menambah baik kemudahan agar lebih teratur selain mengurangkan tekanan waris pesakit untuk meletak kenderaan, khususnya pada waktu lawatan.
Pada Ogos tahun lepas, media melaporkan kerajaan negeri bercadang melaksanakan tempat meletak kenderaan khas berpusat di Taman 1 Lagenda di sini pada November tahun lepas bagi mengatasi masalah kesesakan kenderaan di Hospital Melaka.
Menerusi kaedah itu, sebanyak 200 lot letak kenderaan disediakan untuk waris pesakit, pelawat serta kakitangan Hospital Melaka dengan caj RM1 sejam dan mereka boleh menggunakan perkhidmatan bas 'shuttle' yang disediakan untuk ke hospital tersebut.
Sempena Hari Kebangsaan hari ini, sebanyak sembilan 'bayi merdeka' dilahirkan di Hospital Melaka iaitu enam perempuan dan tiga lelaki, setakat 9 pagi tadi.
Katanya bayi pertama perempuan dilahirkan pada pukul 12.57 awal pagi tadi, dengan berat 2.55 kilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
![Syarikat swasta urus tempat letak kereta Hospital Melaka tahun depan - Ab Rauf Syarikat swasta urus tempat letak kereta Hospital Melaka tahun depan - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678939622_TBRAUF.jpg)
Ab Rauf berkata penswastaan berkenaan juga akan melibatkan penggunaan beberapa mekanisme seperti perkhidmatan 'valet parking' atau 'jockey' yang akan turut diperkenalkan. -Gambar fail
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737508101_tbkolamairpanasse.jpg)
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.
![Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737182628_TBKDM.jpg)
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
![Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736760581_TBRAUHYUSOF.jpg)
Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.
![Beca Melaka jalani transformasi digital Beca Melaka jalani transformasi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735783874_AbRaufYusoh.jpg)
Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.
![Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735695175_SambutanAmbangTah.jpg)
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
![Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735643951_TBBASPANORAMA.jpg)
Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.
![Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735297928_TBRAUFYUSOH.jpg)
Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
![Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735019384_KemalanganMelaka.jpg)
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.
![Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734822662_tbAbRaufYusoh.jpg)
Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.
![Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733710390_AbRaufYusoh.jpg)
Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.