KUALA LUMPUR: Syarikat swasta diseru mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan pejabat bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata usaha itu juga dapat menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
"Saya nampak banyak agensi kerajaan lain mengadakan program seperti ini yang mengedarkan Jalur Gemilang. Jadi saya mengalu-alukan pihak swasta membantu kita dengan memasang Jalur Gemilang di tempat kerja supaya rakyat boleh merasai suasana menyambut HKHM 2023," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pengedaran Jalur Gemilang di Kuala Lumpur Sentral di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Teo berkata bagi memenuhi keperluan orang ramai yang ingin menyambut Malam Ambang Merdeka pada 30 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Dataran Merdeka, Rapid KL akan melanjutkan operasi di 10 stesen rel hingga pukul 2 pagi.
Stesen yang terlibat ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni; LRT Masjid Jamek; LRT KLCC; dan LRT Ampang Park bagi laluan Kelana Jaya, LRT Masjid Jamek Laluan Ampang; Monorel Bukit Bintang; Transit Aliran Massa (MRT) Bukit Bintang dan MRT Pasar Seni bagi Laluan MRT Kajang; serta MRT Ampang Park dan MRT Persiaran KLCC bagi Laluan MRT Putrajaya.
"Pada 31 Ogos, sambutan diadakan di Dataran Putrajaya, jadi perkhidmatan Rapid KL akan bermula pada 4 pagi untuk memberi peluang kepada warga kota yang ingin ke sana bersama-sama meraikan acara sambutan Hari Kebangsan 2023," katanya.
Teo berkata Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya melibatkan sebanyak 50 bas selain tiga perkhidmatan bas percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral, ke Dataran Putrajaya, Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya.
Sementara itu, seorang pelajar di INTEC Education College Muhammad Hanif Mustakim, 20, berkata sambutan Hari Kebangsaan tahun ini amat bermakna buat dirinya kerana akan melanjutkan pelajaran di luar negara tahun depan.
"Jadi, untuk beberapa tahun, saya tidak dapat menyambut hari bersejarah di negara kita," katanya yang turut meminati filem bersejarah sekali gus dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Pengerusi Masjid Saidina Umar Ibni Khattab Tambun, Zulkefli Mokhtar, 64, pula berkata masjid itu akan mengadakan sambutan Sapa Merdeka yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti untuk orang ramai seperti pertandingan memanah, membuat tengkolok dan gubahan buah serta beberapa forum pada sebelah malam 31 Ogos nanti.
"Saya harapkan sambutan di masjid ini meriah. Kita nak semarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata usaha itu juga dapat menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. - Foto BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.

Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Disember
Capaian liputan rangkaian 5G di negara ini mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu - Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.

100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.

Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.