TANJONG KARANG: Syarikat perniagaan harus beri peluang kepada warga tempatan untuk diserapkan bekerja dalam organisasi mereka, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Noh juga meminta syarikat perniagaan untuk menjaga kebajikan dan membimbing warga tempatan supaya mereka mempunyai minat terhadap pekerjaan dilakukan, ia dapat membentuk kakitangan berkemahiran yang boleh diserapkan dalam pengurusan cawangan syarikat di lokasi yang berbeza.
"Kita harus akui majikan sekarang menghadapi masalah pekerja. Peluang pekerjaan diberikan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dan diberi peluang membuka cawangan baharu, di mana cawangan itu akan diuruskan oleh pekerja-pekerja yang sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat Urusan Chinta Rich Empire Sd Bhd di sini hari ini.
Syarikat berkenaan mengeluarkan produk Nasi Goreng Melimpah yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah Urusan Chinta Rich Empire, Nor Anita Kasim yang merupakan anak kepada pengusaha gerai di sini mempunyai cawangan di Tanjong Karang, Puchong dan akan membuka cawangan baharu di Klebang, Melaka pada masa terdekat.
Noh berkata golongan muda harus diberikan dorongan dengan memupuk budaya berniaga dan adalah diharapkan mereka berjaya sampai ke peringkat antarabangsa kelak.
- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Syarikat perniagaan harus beri peluang kepada warga tempatan untuk diserapkan bekerja dalam organisasi mereka, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. - Gambar fail/BERNAMA
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Pempengaruh Nazirul Hakim meninggal dunia
Berita pemergian personaliti media sosial berusia 29 tahun itu dikongsi rakannya, Mohd Fairuz Abu.
Lawatan Anwar eratkan hubungan Malaysia-Kazakhstan, terokai sektor baharu
Lawatan rasmi sulung Anwar selama dua hari ke Kazakhstan bermula esok diyakini akan menjadi pencetus sinergi kepada hubungan lebih erat dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Syarikat perniagaan disaran beri peluang kepada warga tempatan - Noh Omar
Syarikat perniagaan harus beri peluang kepada warga tempatan untuk diserapkan bekerja dalam organisasi mereka, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.