Jabatan Kesihatan Perak meminta syarikat penyelenggaraan pendawaian memeriksa panel di katil pesakit bagi hospital yang berusia lebih 10 tahun di negeri ini.
Pengarahnya Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pemeriksaan itu penting bagi memastikan panel berada dalam keadaan baik untuk mengelak insiden tidak diingini termasuk kebakaran.
"Saya akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan bagi tujuan penyelenggaraan itu kerana kos penukaran panel lama jika perlu adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Taiping di sini hari ini.
Dr Juita mengulas mengenai insiden percikan api di Wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun yang berlaku kira-kira pukul 11.16 malam tadi akibat litar pintas pada plag katil.
Menjelas lanjut, Dr Juita berkata litar pintas di wad lelaki itu pada panel sepanjang 2.1 meter hanya melibatkan sebuah katil sahaja.
"Semasa kejadian wad itu mempunyai 43 pesakit lelaki dan tiada yang mengalami kecederaan termasuklah kakitangan," katanya sambil menambah wad itu telah wujud sejak 1980.
Tambah Dr Juita beliau telah meminta semua pengarah di 15 hospital kerajaan seluruh Perak supaya meminta syarikat penyelenggara memeriksa pendawaian elektrik di hospital masing-masing.
"Setakat ini Hospital Teluk Intan telah membuat pemeriksaan dan panel elektrik dalam keadaan baik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Juita berkata Klinik Kesihatan Taiping yang ditutup sementara berikutan kejadian siling runtuh akibat hujan lebat semalam akan dibuka semula esok.
Insiden pada 12.10 tengah hari itu membabitkan siling di ruang menunggu makmal runtuh akibat limpahan air daripada alur air hujan di tingkat atas. -- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2016
Gambar menunjukkan bahagian yang terbakar akibat litar pintas di wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Syarikat penyelenggaraan diminta periksa panel elektrik pada katil hospital
Jabatan Kesihatan Perak meminta syarikat penyelenggaraan pendawaian memeriksa panel di katil pesakit bagi hospital yang berusia lebih 10 tahun di negeri ini.