SEREMBAN: Sebuah syarikat pemborong barang berjadual minyak diesel didenda RM200,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menjual minyak diesel kepada sebuah syarikat tidak memiliki lesen atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan Pengarah Syarikat MCM Petroleum Sdn Bhd, Man Wee Wong mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.
Mengikut pertuduhan, Man, 35, selaku pengarah syarikat didakwa melanggar Peraturan 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menjual barang kawalan berjadual minyak diesel kepada Syarikat HHR Setia Sdn Bhd yang tidak memiliki lesen atau kelulusan bertulis daripada Pengawal Bekalan.
Perbuatan itu dilakukan di premis syarikatnya di Taman Perindustrian Sri Lukut, Port Dickson pada 5 Julai lepas.
Kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya KPDN Nazarrudin Zainudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
![Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Sebuah syarikat pemborong barang berjadual minyak diesel didenda RM200,000 di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menjual minyak diesel kepada sebuah syarikat tidak memiliki lesen atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen
Syarikat itu didenda atas kesalahan menjual minyak diesel kepada sebuah syarikat tidak memiliki lesen atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan.
![Mydin kini berusia 62 tahun seusia kemerdekaan negara - Pengarah Urusan Mydin Mydin kini berusia 62 tahun seusia kemerdekaan negara - Pengarah Urusan Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51567082486_DATUKDRAMEERALIM.jpg)
Mydin kini berusia 62 tahun seusia kemerdekaan negara - Pengarah Urusan Mydin
yarikat itu mula bertapak di Kota Bahru, Kelantan pada 1957 dan kini memiliki 74 cawangan di seluruh negara dengan 26 daripadanya bertaraf 'hypermarket'.