PETALING JAYA: Lebih banyak syarikat Malaysia perlu mengikuti dan menerima pakai rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), bagi memupuk kemampanan jangka panjang dan memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, dengan mengintegrasikan prinsip itu ke dalam strategi syarikat mereka, ia bukan sahaja berupaya memacu pertumbuhan dan keuntungan, malah menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan untuk manusia.
"Dalam era kemampanan itu merupakan sebagai satu usaha penting untuk perniagaan, mengekalkan piawaian yang teguh dan mempunyai kualiti yang tiada tandingan adalah sangat diutamakan," katanya pada Majlis Makan Malam Gala ke-55 Tomei Consolidated Bhd malam Rabu.
Beliau berkata, mengambil contoh kejayaan kumpulan Tomei yang menandakan komitmen Malaysia dalam memupuk persekitaran mesra perniagaan yang memberikan peluang setara untuk berjaya, tanpa mengira latar belakang atau keadaan seseorang.
"Di sebalik kejayaan perniagaan kumpulan Tomei, ia amat menggembirakan apabila dapat menyaksikan bagaimana mereka menjadi perintis yang menerima pakai rangka kerja ESG dalam industri pertukangan emas dan barang kemas. Inisiatif proaktif mereka untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara sememangnya patut dipuji.
"Dedikasi kumpulan Tomei terhadap kecemerlangan, integriti, dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab menjadi petunjuk kepada orang lain untuk dicontohi. Semoga ia menjadi pemangkin dan inspirasi untuk usahawan kita mencapai tahap baharu di peringkat global," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
![Syarikat Malaysia perlu ikuti, terima pakai rangka kerja ESG - Fadillah Syarikat Malaysia perlu ikuti, terima pakai rangka kerja ESG - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699955591_TBFADILLAHSHANGHAI.jpg)
Lebih banyak syarikat Malaysia perlu mengikuti dan menerima pakai rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. - Gambar fail/BERNAMA
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Maybank teraju syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara Maybank teraju syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718697688_Maybank.jpg)
Maybank teraju syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara
Malayan Banking Bhd menduduki tempat ke-17 dengan pendapatan sebanyak US$14.15 bilion sekali gus menerajui syarikat-syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara untuk 2024.
![Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716366705_AnwarIbrahim.jpg)
Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul
Potensi eksport RM2.4 bilion daripada Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.
![Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712020800_tbTengkuZafrul.jpg)
Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu
Katanya, Matrade telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan usaha memperoleh pasaran baharu untuk diterokai syarikat Malaysia.
![Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652804201_CyberAttack.jpg)
Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).
![Duta besar galak syarikat Malaysia melabur di Kalimantan Timur Duta besar galak syarikat Malaysia melabur di Kalimantan Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710843864_Dutabesar.jpg)
Duta besar galak syarikat Malaysia melabur di Kalimantan Timur
Beliau berhasrat meneroka peluang mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia dalam rangka kerja ASEAN.
![Jawatankuasa teknikal ditubuh lindungi syarikat Malaysia dalam sektor komoditi - Johari Jawatankuasa teknikal ditubuh lindungi syarikat Malaysia dalam sektor komoditi - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705990016_JohariAbdulGhani.jpg)
Jawatankuasa teknikal ditubuh lindungi syarikat Malaysia dalam sektor komoditi - Johari
Jawatankuasa teknikal akan memastikan syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor tersebut dapat jalankan perniagaan tanpa sebarang halangan.
![Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705318393_SWSinntech.jpg)
Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura
Sistem penyimpanan senjata api pintar (SWS) yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, SWS Inntech Sdn. Bhd. (SWS Inntech) berjaya menembusi pasaran luar apabila digunakan beberapa negara serantau.
![Syarikat Malaysia perlu ikuti, terima pakai rangka kerja ESG - Fadillah Syarikat Malaysia perlu ikuti, terima pakai rangka kerja ESG - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699955591_TBFADILLAHSHANGHAI.jpg)
Syarikat Malaysia perlu ikuti, terima pakai rangka kerja ESG - Fadillah
Ia bagi memupuk kemampanan jangka panjang dan memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat.
![Lebih banyak syarikat di Malaysia guna kecerdasan buatan - IBM Lebih banyak syarikat di Malaysia guna kecerdasan buatan - IBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687406066_IBM.jpg)
Lebih banyak syarikat di Malaysia guna kecerdasan buatan - IBM
Lebih 40 peratus profesional ICT melaporkan mereka sedang meneroka secara aktif penggunaan AI generatif bagi memacu pertumbuhan perniagaan.
![Bursa dan syarikat Malaysia tidak terjejas dengan kejatuhan SVB Bursa dan syarikat Malaysia tidak terjejas dengan kejatuhan SVB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678751940_TBsvb.jpg)
Bursa dan syarikat Malaysia tidak terjejas dengan kejatuhan SVB
Penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong berkata mungkin impaknya terlalu sedikit atau sifar.