BATU PAHAT: Syarikat kredit komuniti (KK) yang dikenal pasti bertindak sebagai along ketika berurusan dengan masyarakat berdepan dengan tindakan tegas termasuk penarikan lesen operasi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata syarikat KK yang dibenarkan beroperasi bermula 23 Jun lepas, adalah entiti yang sah dari segi undang-undang bagi mengendalikan urusan peminjaman wang dan mempunyai lesen dari kementerian untuk beroperasi.
"(Kita) bukan menggalak hutang tapi sebenarnya keperluan. Rekod kita juga tiada syarikat KK yang setakat ini menyeleweng dari segi operasi mereka.
"Kalau ada laporan yang mereka ini berlagak seperti along, kita akan tarik lesen mereka. Kita akan berhentikan operasi mereka," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), di sini hari ini.
Menjelas lanjut mengenai operasi KK, Zuraida berkata kerajaan mahu melindungi peminjam terutamanya peminjam kecil yang tiada tempat untuk meminjam.
"Kenapa dibenarkan kredit komuniti (KK) beroperasi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, ini kerana kita mahu melindungi peminjam-peminjam kecil yang kadang hendak pinjam RM300, RM500 untuk buat gerai nasi lemak dan sebagainya ..tiada tempat untuk pinjam, hendak pinjam bank memang tidak dapat dan dia tidak layak ..jadi ada yang pergi ke along.
"Bila pergi ke along...ini yang akan membahayakan diri mereka. Jadi mengikut KK, bila meminjam di situ, ada undang-undang di situ, peminjam dilindungi dengan undang-undang ...kalau tidak bayar ke, lambat ke...ada undang-undang yang memberikan mereka tempoh dan sebagainya," katanya.
Oleh itu, Zuraida berkata kerajaan membenarkan operasi KK kerana terdapat permintaan daripada orang ramai yang memerlukan pinjaman, malah ada segelintir peminjam melunaskan pinjaman mereka ketika PKP 1.0 bagi mengelak pinjaman tertunggak.
Sehingga 31 Mei tahun ini, bilangan syarikat KK yang dilesenkan di seluruh negara adalah 4,972 yang mana 3,226 dilesenkan oleh Pendaftar KPKT manakala 1,566 lesen dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan operasi KK.
Mengenai lawatan kerja hari ini, Zuraida secara prinsipnya meluluskan peruntukan RM2 juta kepada MPBP untuk menaik taraf tempat penjaja, infrastruktur pelancongan, tempat berisiko kemalangan dan kawasan banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Syarikat KK yang bertindak seperti along akan berdepan dengan tindakan tegas termasuk penarikan lesen operasi. - Gambar hiasan
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR dijadual semula 23 Sept
Pendengaran rayuan Zuraida terhadap keputusan memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon dijadualkan semula pada 23 Sept.
Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.