KUALA LUMPUR: Syarikat korporat dan swasta perlu diberi penekanan dalam memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat tercapai.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana peratusan di sektor swasta masih rendah berbanding sektor awam yang kini melebihi sasaran iaitu 38 peratus.
"Dalam korporat belum tercapai, ia bukan dalam kawalan kami cuma kami terus beri advokasi sebab itu kami bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk pastikan desakan kita dirasai oleh sektor korporat dan mereka akan cuba untuk pastikan mereka melakukannya.
"Ia lebih kepada peluang kepada golongan wanita kerana kita ada bank cv (vitae kurikulum) daripada WLF (Yayasan Kepimpinan Wanita) dan kalau mereka rasa sukar mencari serta dapatkan wanita, dapatkan cv di situ untuk melihat data wanita di Malaysia yang mempunyai kelayakan diperlukan badan korporat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program 'Breakfast Conversations with Datuk Seri Nancy Shukri', di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi WLF, Datuk Dr Hafsah Hashim berkata, pada tahun lepas, syarikat tersenarai awam hanya mencapai 22 peratus golongan wanita dalam peringkat pembuat dasar.
Justeru, beliau mencadangkan sasaran 30 peratus wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat dapat dijadikan dasar bagi memastikannya tercapai sekali gus memberi pulangan yang baik kepada negara.
"Saya percaya kalau ia dijadikan dasar oleh kerajaan kita akan bergerak pantas untuk mendapatkan 30 peratus itu dan kalau boleh kita nak lebih lagi.
"Ini kerana berbagai kajian termasuk PwC dan Bursa menunjukkan kalau meletakkan wanita sebagai ahli lembaga pengarah maka dari konteks keuntungan syarikat, pulangan daripada pelaburan, pulangan ekuiti semua akan meningkat, jadi kita bukan suka-suka cakap," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
![Syarikat korporat perlu capai 30 peratus wanita pembuat keputusan Syarikat korporat perlu capai 30 peratus wanita pembuat keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675409322_NancyShukri.jpg)
Syarikat korporat dan swasta perlu diberi penekanan dalam memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat tercapai, kata Nancy Shukri (kiri). - Gambar BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Syarikat korporat perlu capai 30 peratus wanita pembuat keputusan Syarikat korporat perlu capai 30 peratus wanita pembuat keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675409322_NancyShukri.jpg)
Syarikat korporat perlu capai 30 peratus wanita pembuat keputusan
Ketika ini, peratusan di sektor swasta masih rendah berbanding sektor awam yang kini melebihi sasaran iaitu 38 peratus.