Kerajaan Selangor pada hari Sabtu menyatakan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana syarikat konsesi berhubung syarat-syarat yang ditetapkan bagi pembinaan lebuh raya baharu di negeri itu baru-baru ini.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata tiada sebarang respons bertulis atau maklum balas terkini daripada syarikat konsesi terlibat dan pihaknya masih belum boleh memberikan komen lanjut mengenai penerimaan syarat tersebut.
"Kita dah umum dalam belanjawan dan pertemuan dengan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) juga sudah dimaklumkan. Ini pendirian kerajaan negeri tentang sebarang pembangunan lebuh raya di Selangor.
"Saya belum terima apa-apa maklum balas secara bertulis, jadi saya tak boleh komen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Perangsang-SkimSel di sini pada hari Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penerimaan syarikat konsesi lebuh raya berhubung penetapan syarat-syarat kerajaan negeri itu.
Tiga syarat yang ditetapkan kerajaan Selangor bagi pembinaan lebuh raya di negeri itu adalah mendedahkan sepenuhnya perjanjian yang ditandatangani syarikat konsesi dan menyatakan kadar tol, cadangan kenaikan kadar serta anggaran kadar pulangan yang diterima.
Selain itu, syarat tersebut menetapkan syarikat konsesi perlu menyediakan Penilaian Impak Lalu Lintas bagi mana-mana lebuh raya baharu dalam memastikan ia memberi kebaikan kepada pengguna dan penduduk di sekitarnya.
Bernama
Sun Dec 07 2014
![Syarikat konsesi belum respons tiga syarat pembinaan lebuh raya di Selangor - Azmin Syarikat konsesi belum respons tiga syarat pembinaan lebuh raya di Selangor - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81411745812_295x200.jpg)
AZMIN: Syarikat konsesi belum respons tiga syarat pembinaan lebuh raya di Selangor.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691805725_AzminAli.jpg)
PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.
![Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563507589_TBMBJOHOR.jpg)
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
![Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51553773650_TBFadzilAhmatx.jpg)
Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq
![Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368242126_295x200.jpg)
Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
![Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368242126_295x200.jpg)
Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.
![Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41367907822_295x200.jpg)
Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.
![Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51365755443_295x200.jpg)
Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.