KUANTAN: Sebuah syarikat jual beli kenderaan terpakai di negeri ini dikesan melakukan penipuan dengan mengubah maklumat tahun buatan pada setiap gambar sijil pendaftaran kenderaan yang ditawarkan untuk dijual melalui platform jual beli kenderaan dalam talian.
Taktik itu digunakan bagi mengaut keuntungan yang lebih besar kerana menjual kenderaan yang telah susut nilai pada harga pasaran semasa.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Normaswari Nordin berkata, salah laku syarikat jual beli kenderaan terpakai itu dikesan hasil aduan pengguna yang mendakwa tertipu dengan transaksi jual beli kenderaan yang diiklankan disalah satu platform jual beli kenderaan dalam talian terkenal.
Menurutnya, KPDNHEP Pahang telah mengambil tindakan tegas terhadap syarikat tersebut dengan mengeluarkan kompaun RM30,000.
"Siasatan ini mendapat kerjasama baik daripada pihak penyedia tapak iklan jual beli kenderaan dalam talian terlibat dimana mereka juga telah menurunkan semua iklan daripada syarikat itu.
"Tindakan ini diharap dapat dijadikan pengajaran kepada syarikat itu agar lebih telus dalam berurus niaga sekaligus dapat mendidik para peniaga lain menjadi lebih beretika," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Normaswari Nordin berkata, perbuatan memalsukan maklumat adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999
Sementara itu katanya, sepanjang tahun lalu, KPDNHEP Pahang telah menerima 300 aduan melibatkan urus niaga dalam talian.
"Jumlah aduan itu bagaimanapun menunjukkan penurunan sebanyak 28.06 peratus berbanding 417 aduan yang diterima pada tahun 2020.
"Pihak kami juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas 53,478 premis perniagaan di seluruh negeri dan daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 658 kes telah dihasilkan melibatkan rampasan bernilai RM469,545 dan kompaun sebanyak RM459,750," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 28 2022
Pegawai KPDNHEP Pahang mengambil tindakan mengeluarkan kompaun terhadap sebuah syarikat jual beli kenderaan terpakai di negeri ini yang dikesan meminda maklumat tahun buatan kenderaan dijual untuk mengaut keuntungan.
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.
AWANI Tonight: Artwork from AI robot 'Ai-Da' sells for $1.3mln at Sotheby's
A painting by a humanoid robot artist called 'Ai-Da' has made history by selling for $1.32 million USD at Sotheby's, the first time a humanoid robot has had its work sold by a major auction house.
AWANI Tonight: How will digital tech enhance food security?
Anujar Kar at the World Bank highlights the strategies and investments to enhance productivity and resilience in Malaysia’s agrofood sector, in the face of geopolitical tensions and climate change.
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Pertukaran trup MALBATT diteruskan | Apa seterusnya kes FashionValet? | Waspada hujan lebat, banjir | Ina Naim selamat diijabkabulkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025
Projek Jambatan Batang Rajang, dan Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) dijangka siap menjelang Mac 2025.
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Syarikat jual beli kenderaan terpakai dikompaun RM30,000
Taktik itu digunakan bagi mengaut keuntungan yang lebih besar kerana menjual kenderaan yang telah susut nilai pada harga pasaran semasa.
KPDNHEP kaji semula dasar akibatkan monopoli
Ia termasuk pemeriksaan kenderaan motor terpakai bagi tujuan sewa beli yang ketika ini hanya dilaksanakan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Apa cara terbaik menjual kenderaan terpakai anda?
Jual kereta terpakai: Lebih baik lantik ejen atau uruskan sahaja sendiri?