Syarikat yang gagal membayar amaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 31 Januari ini akan dikenakan penalti antara lima hingga 25 peratus ke atas amaun asal cukai.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata perkara ini adalah selaras dengan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 41 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.
Katanya, pengenaan penalti akan bermula bagi tempoh bercukai yang mana bayaran cukai genap masa dan kena dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.
Kadar pengiraan penalti adalah berdasarkan bilangan hari GST tidak dibayar.
Bagi tempoh 1 hingga 30 hari, kadar penalti ke atas amaun asal cukai dikenakan adalah lima peratus; tempoh 1 hingga 60 hari (kadar penalti 15 peratus) dan tempoh 1 hingga 90 hari (kadar penalti 25 peratus).
"Bagi mereka yang gagal membayar amaun GST melebihi tempoh 90 hari, juga akan dikenakan kadar penalti maksimum 25 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khazali berkata kadar penalti akan dikenakan ke atas amaun asal cukai yang genap masa dan kena dibayar serta akan bermula selepas tarikh akhir cukai kena bayar.
Bernama
Sat Jan 30 2016

Kadar pengiraan penalti adalah berdasarkan bilangan hari GST tidak dibayar. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Syarikat gagal bayar amaun GST akan dikenakan penalti - KP Kastam
Datuk Seri Khazali Ahmad berkata perkara itu selaras dengan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 41 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.