SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa syarikat baharu yang mendapat tender pembekalan sistem meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) Tentera Darat Malaysia (TDM) mempunyai ‘kabel kuat’.
Dalam pendedahan terbaru yang disiarkan di laman sosialnya, Rafizi juga memaklumkan bahawa syarikat berkenaan memiliki pengarah-pengarah muda.
“Apalah istimewa sangat dengan syarikat ini? Kut-kut syarikat pakar yang membuat meriam artileri, kalau lah meriamnya digunakan dalam perang di Ukraine?
“Rupa-rupanya syarikat ini ditubuhkan tidak sampai dua tahun pun. Pengarah-pengarahnya pula muda lagi. Apabila disemak, syarikat ini ada kabel besar," katanya.
Rafizi mendakwa syarikat berkenaan juga sudah menulis surat kepada 'kabelnya' meminta keputusan penganugerahan tender .
“Kabel ini pun ‘tenyeh’ arahan pada suratnya, ‘Saya sokong permohonan, sila ambil tindakan’,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Facebooknya.
Pada Selasa, Rafizi mendedahkan, syarikat baharu yang ditubuhkan kurang dua tahun itu mendapat tender pembekalan sistem meriam artileri jenis SPH TDM bernilai RM854 juta.
SPH adalah meriam artileri yang digunakan oleh Angkatan Tentera Darat dan diukur antaranya dari segi keupayaan jarak tembakan dan keperluan mobilisasi atau pengangkutan.
Rafizi mendakwa, hasil semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dilakukan beliau sendiri mendapati syarikat itu hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan.
Katanya, syarikat itu juga tidak mempunyai rekod dalam industri pertahanan namun memperoleh kontrak pembekalan persenjataan yang sebegitu besar.
Justeru, Rafizi berikrar akan mendedahkan pelbagai kepincangan lain dalam pembelian meriam artileri SPH itu setiap hari sepanjang minggu ini dan minggu depan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Oct 05 2022
!['Syarikat dapat tender bekal sistem meriam ada kabel kuat' 'Syarikat dapat tender bekal sistem meriam ada kabel kuat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658037463_MohdRafiziRamli.jpg)
Rafizi Ramli mendakwa syarikat baharu yang mendapat tender pembekalan sistem meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) Tentera Darat Malaysia (TDM) mempunyai kabel kuat. - Gambar fail
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
!['Syarikat dapat tender bekal sistem meriam ada kabel kuat' 'Syarikat dapat tender bekal sistem meriam ada kabel kuat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658037463_MohdRafiziRamli.jpg)
'Syarikat dapat tender bekal sistem meriam ada kabel kuat'
Syarikat berkenaan juga memiliki pengarah-pengarah muda, dakwa Rafizi.