KUALA LUMPUR: Produk kosmetik Armila Beauty Kak ELL Pigment Booster yang dibatalkan notifikasi oleh Kementerian kesihatan (KKM) sudah tiada lagi di pasaran setelah pengeluarannya dihentikan sejak 2021.
Ketua Pengawai Eksekutif Armila Berhad Sharmila Johan dalam satu kenyataan hari ini berkata produk itu telah ditarik serta-merta daripada pasaran pada tahun berkenaan untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.
Sharmila mendakwa isu itu berlaku disebabkan oleh kecuaian pihak makmal dalam mengendalikan proses ujian makmal bagi produk tersebut.
"Oleh yang demikian, pihak Armila Berhad telah membuat laporan polis dan dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Armila Berhad atas jenama Kak ELL adalah berdaftar dan mempunyai notifikasi yang sah dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM serta telah menjalani ujian makmal.
Sharmila merujuk kenyataan KKM hari ini yang mengeluarkan notifikasi produk kosmetik Armila Beauty Kak ELL Pigment Booster telah dibatalkan kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata produk kosmetik itu dikesan mengandungi 'Betamethasone 17-Valerate' iaitu ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
Menurut Muhammad Radzi penggunaan produk yang mengandungi bahan itu tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Ketua Pengawai Eksekutif Armila Berhad Sharmila Johan dalam satu kenyataan hari ini berkata produk itu telah ditarik serta-merta daripada pasaran pada tahun berkenaan untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin. - Gambar/ Bernama/ FB KKM
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Syarikat dakwa Armila Beauty Kak ELL Pigment Booster tiada di pasaran sejak 2021
Produk kosmetik Armila Beauty Kak ELL Pigment Booster yang dibatalkan notifikasi oleh Kementerian kesihatan (KKM) sudah tiada lagi di pasaran setelah pengeluarannya dihentikan sejak 2021.