SHAH ALAM: Sebuah syarikat alat ganti kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 2,388 unit 'bearing' atau galas berjenama palsu.
Armada Parts Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Teh Yoong Hon, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Syarikat itu didakwa mempunyai 2,388 unit alat ganti berjenama palsu itu dalam kawalannya bagi maksud perdagangan di sebuah premis di Taman Sri Batu Caves, Gombak, pada 1 petang, 30 Ogos lepas.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 102(1)(C) Akta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 102(1)(i) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM15,000 bagi setiap barangan tiruan dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 4 Okt untuk sebutan semula kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Nurul Ain Shafie manakala peguam Jay Moi Wei Jiun mewakili syarikat berkenaan.
Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey dalam kenyataan hari ini berkata alat ganti berkenaan disita pihaknya ketika operasi membanteras barangan tiruan pada 30 Ogos lepas di Batu Caves, Gombak.
"Operasi itu dijalankan pada kira-kira pukul 10.30 pagi, susulan aduan dan pengesahan awal yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar berhubung aktiviti urus niaga sebuah premis yang menjual alat ganti kenderaan tiruan dan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan cap dagang tanpa kebenaran pemilik sah.
"Semasa serbuan dijalankan, dijumpai 2,388 alat ganti kenderaan tiruan yang disimpan dalam sebuah stor di premis yang diadu sebelum disita untuk tujuan siasatan dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM716,400," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
![Syarikat alat ganti kenderaan didakwa miliki 2,388 'bearing' palsu Syarikat alat ganti kenderaan didakwa miliki 2,388 'bearing' palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662109303_courtgavelmahkam.jpg)
Armada Parts Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Teh Yoong Hon, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali. - Gambar hiasan
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Syarikat alat ganti kenderaan didakwa miliki 2,388 'bearing' palsu Syarikat alat ganti kenderaan didakwa miliki 2,388 'bearing' palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662109303_courtgavelmahkam.jpg)
Syarikat alat ganti kenderaan didakwa miliki 2,388 'bearing' palsu
Sebuah syarikat alat ganti kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 2,388 unit 'bearing' atau galas berjenama palsu.