Langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan
meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia sebagai usaha untuk mendidik pelajar menjadi warganegara yang baik.
“Bukan niat kita untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat meluluskan mereka tetapi setidak-tidaknya biarlah mereka tahu asas sejarah negara.
“Kita lihat apabila ia (mata pelajaran Sejarah) tidak diwajibkan, ramai menganggap Sejarah sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara, langsung tidak tahu apa yang jadi zaman dahulu, dan tidak hargai keadaan masa kini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi lawatan hari pertama peperiksaan SPM yang bermula hari ini hingga 5 Disember di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah.
Pada 2010, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan SPM mulai 2013.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
Idris berkata seramai 470,395 calon seluruh negara menduduki SPM tahun ini dengan bilangan pusat peperiksaan sebanyak 3,616 dan 139 kertas peperiksaan.
Katanya, 30,863 kakitangan dan 24,332 pemeriksa kertas turut ditugaskan dalam peperiksaan itu.
Menjawab mengenai syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris mulai tahun 2016, Idris berkata pelbagai persediaan telah dijalankan untuk memudahkan pelajar dan guru termasuk memberi latihan dan bahan pembelajaran yang diperlukan.
Bernama
Wed Nov 06 2013
![Syarat wajib lulus Sejarah bukan untuk membebankan pelajar Syarat wajib lulus Sejarah bukan untuk membebankan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51373276955_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684296713_PERIKATAN.jpg)
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
![Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668466672_Shaberycheek.jpg)
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
![Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645078194_PengarahBesarFELDA.jpg)
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
![Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685185542_FeldaRoboticChalle.jpg)
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
![Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677476197_TBFELDA.jpg)
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
![Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677268576_DSIdris.jpg)
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
![Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666655192_IdrisJusoh.jpg)
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
![PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666655192_IdrisJusoh.jpg)
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
![PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665931606_IdrisJusoh.jpg)
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
![Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657792369_TBJEMAAHKANDAS.jpg)
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.