Syarat permohonan rumah mampu milik yang diperluas kepada rumah kos sederhana berharga RM400,000 ke bawah tidak adil dan membebankan pembeli, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP) Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Beliau mendakwa kerajaan negeri mengenakan syarat baharu itu yang termasuk rumah kos sederhana, berkuat kuasa Disember tahun lepas.
"Syarat yang dikenakan pada permohonan rumah mampu milik kos rendah dan sederhana rendah itu tidak adil kerana dari dulu mereka didaftarkan di bawah kerajaan negeri.
"Tetapi untuk rumah mampu milik kos sederhana berharga RM400,000 ke bawah, eloklah ia dibuka kepada pasaran terbuka kerana jumlah pembeli untuk segmen terbabit terhad," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata pembeli untuk segmen rumah kos sederhana terpaksa mengisi borang yang dipenuhi syarat ketat antaranya haruslah menjadi pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
Katanya syarat yang diluaskan kepada unit rumah kos sederhana berharga RM400,000 ke bawah itu akan memberi masalah kepada pemaju khususnya daripada agensi kerajaan kerana ia adalah harga yang ditetapkan untuk rumah mampu milik.
"Syarat yang dikenakan itu juga akan menyukarkan pembeli untuk miliki rumah kos sederhana. Kami merayu kerajaan negeri supaya berpada-padalah mengenakan syarat kepada pembangunan rumah di negeri ini," katanya.
Zainal Abidin berkata pihaknya akan mengemukan kenyataan bertulis kepada kerajaan negeri supaya diberi pengecualian untuk rumah mampu milik kos sederhana.
Katanya beberapa kes terjadi sebelum ini apabila pembeli rumah mampu milik kos rendah dan sederhana rendah yang berdaftar dengan kerajaan negeri tidak layak kerana bukan pengundi di negeri ini.
Berhubung isu penukaran status tanah pertanian kepada pembangunan, Zainal Abidin berkata pihaknya masih belum mendapat maklum balas daripada kerajaan negeri selepas dua bulan.
"Kami dapat maklumat daripada agensi teknikal persekutuan, terdapat 42 permohonan untuk 2014 dan tujuh permohonan baharu setakat tahun ini. Kami harap kerajaan negeri tidak meluluskan tanpa persetujuan jabatan teknikal," katanya.
Beliau berharap kerajaan negeri dapat memberi pencerahan berhubung isu penukaran status tanah dan menyatakan permohonan yang telah diluluskan, ditangguhkan dan ditolak.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata bagi Januari sehingga 15 Mac ini, kerajaan pusat peruntukkan RM1.018 bilion untuk pembangunan boleh pinda keempat dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pulau Pinang.
Katanya daripada jumlah itu, sebanyak lima peratus telah dibelanjakan dalam dua bulan pertama membabitkan 104 projek pembangunan, 89 projek baharu dan lain-lain adalah projek sambungan.
Bernama
Sat Mar 21 2015

Zainal Abidin berkata pembeli untuk segmen rumah kos sederhana terpaksa mengisi borang yang dipenuhi syarat ketat antaranya haruslah menjadi pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Syarat rumah mampu milik termasuk berharga RM400,000 di P.Pinang tidak adil
Zainal Abidin berkata pembeli untuk segmen rumah kos sederhana terpaksa mengisi borang yang dipenuhi syarat ketat antaranya haruslah menjadi pengundi berdaftar di Pulau Pinang.

Kerajaan pusat akan bina 9,999 rumah di Pulau Pinang
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan Pusat akan membina 9,999 rumah kos sederhana rendah dan mampu milik.