Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) meminta penduduk yang terlibat dengan pelan catuan memahami konsep dan proses yang akan dijalankan dalam pengagihan air ke kawasan sasar.
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred menjelaskan, pihaknya tidak pernah menjanjikan bekalan air akan tiba seawal 9 pagi namun berkata hanya bermula pada jam berkenaan.
"Saya rasa orang tidak faham. Kita tidak pernah cakap pukul 9 pagi semua kawasan akan ada air. Kita cakap proses pembukaan saluran akan bermula pada pukul 9 pagi.
Orang ramai di zon yg dicatu akan mendapat air secara berperingkat selepas itu sehingga jam 4 petang," katanya menerusi satu sistem pesanan WhatsApp kepada Astro AWANI, di sini.
Sebelum ini, tinjauan di sekitar Sepang menyiarkan keluhan penduduk yang merasakan 'tertipu' dengan pelan catuan SYABAS.
Rata-rata mendakwa SYABAS tidak menunaikan janji untuk menyalurkan air bersih ke kediaman mereka seawal jam 9 pagi.
Tambah Priscilla, proses penyaluran air ke rumah penduduk akan mengambil masa sehingga pukul 4 petang bergantung kepada lokasi dan beberapa perkara berkaitan.
"Maksudnya ia akan mengambil masa hingga 4 petang Khamis untuk setengah-setengah kawasan. Kita juga menjangkakan semua kawasan yg dicatu boleh mendapat air pada jam berkenaan.
"Bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada lokasi dan kawasan tinggi selalunya memakan masa lebih," ujarnya.
Pelan catuan air SYABAS yang dimulakan pada Khamis hanya melibatkan kawasan-kawasan yang mengalami masalah bekalan iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
Catuan bermakna bekalan air akan disediakan untuk dua hari dan dua hari lagi tanpa air di beberapa kawasan terlibat.
Sebanyak 70 kawasan yang terlibat dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon 1 dan Zon 2 dalam Wilayah Hulu Langat dan dua zon lagi, Zon 1 dan Zon 2 dalam Wilayah Kuala Langat dan Sepang.
Kedua-dua Zon A dan Zon B ini akan bergilir-gilir menerima bekalan air selama dua hari dan dua hari tiada air yang dijangka berlarutan sehingga akhir bulan Mac.
Wan Syamsul Amly
Thu Feb 27 2014
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Perak, Kedah, Perlis dijangka negeri paling panas
Malaysia tidak akan berdepan dengan cuaca panas melampau seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 dengan suhu yang tertinggi berada pada paras 40 Darjah Celsius.
Hujan hanya tambah satu peratus air dalam empangan Melaka - Idris
Pengepaman air dari Sungai Gerisik di Muar ke empangan Melaka akan diteruskan bagi menampung keperluan para penduduk.
Jerebu: Pelabuhan Klang cecah tahap "Sangat tidak sihat"
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pelabuhan Klang berada di tahap 'Sangat tidak sihat' yang mencecah 229 pada jam 10 malam.
Jerebu: Pelabuhan Klang cecah tahap "berbahaya"
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pelabuhan Klang berada di tahap berbahaya yang mencecah 317 pada jam 4 petang.
SYABAS belum terima arahan laksana catuan peringkat ketiga
Tiada sebarang perubahan akan dilakukan pada pelan catuan air peringkat kedua yang bermula Ahad lalu berikutan pengurangan pelepasan air mentah.
Jerebu: Hanya Nilai dan Banting catat IPU tidak sihat
Hanya tinggal dua bandar sahaja yang mencatatkan bacaan IPU 'Tidak Sihat' iaitu Nilai dan Banting yang merekodkan bacaan 102.
Jerebu: IPU tidak sihat di seluruh Selangor
Setakat pukul 8 pagi ini, Pelabuhan Kelang merekodkan bacaan 132, diikuti Banting (133), Shah Alam (126), Petaling Jaya (127) dan Kuala Selangor (108).
SYABAS: Senarai kawasan terbabit catuan air
Syarikat Bekalan Air Selangor menyenaraikan kawasan terbabit pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Feb hingga 31 Mac ini.
UNDIAN: Berapa jumlah air yang cukup?
Berapakah jumlah minima air untuk sehari yang anda perlukan pada waktu darurat? Berikan pendapat anda di dalam undian berikut.
Pembenihan awan: Johor tunggu keputusan SPAN
Keputusan permohonan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu dijangka akan diketahui minggu ini.