Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) belum menerima apa-apa arahan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan Pelan Catuan Bekalan Air peringkat ketiga, kata Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred.
Priscilla berkata setakat ini tiada sebarang perubahan akan dilakukan pada pelan catuan air peringkat kedua yang bermula Ahad lalu berikutan pengurangan pelepasan air mentah sebanyak 200 Juta Liter Sehari (JLH) di empangan Sungai Selangor.
Semalam, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam sebuah portal online menyatakan bahawa rakyat negeri Selangor perlu bersiap sedia menghadapi catuan fasa ketiga melibatkan lebih banyak pengguna termasuk kawasan Ampang dan Melawati jika paras air di Empangan Klang Gates tidak menunjukkan peningkatan.
Wong dipetik sebagai berkata bahawa setakat Selasa, paras air di empangan tersebut adalah 52.91 peratus dan jika mencecah 50 peratus akan diisytihar kritikal dan catuan fasa ketiga terpaksa dilaksanakan.
Mengulas tentang rungutan pengguna yang mendakwa menerima bekalan air berlumpur setiap kali bekalan air disambung semula, Priscilla berkata ia disebabkan mendapan kotoran pada sistem paip SYABAS setiap kali pintu air ditutup atau dibuka.
"Setiap kali pintu air ditutup, kotoran atau mendapan akan terkumpul dan apabila paip dibuka, pancutan air akan menyebabkan kotoran dan mendapan keluar bersama-sama dengan bekalan air.
"Ia sememangnya satu isu, namun hanya berlaku pada pengguna di sesetengah kawasan.
"Oleh itu kita nasihatkan pengguna terlibat membiarkan air mengalir dari paip beberapa minit sebelum menggunakannya," kata Priscilla.
Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua yang dilaksanakan melibatkan 260 kawasan dengan 413,617 pintu rumah kini memasuki hari keempat sejak dilaksanakan Ahad lepas.
Pada 24 Februari lepas kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai 25 Februari bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.
Bernama
Wed Mar 05 2014
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Cuaca panas, kemarau beri kesan serius sektor pertanian Sabah - Jeffrey
Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah.
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.
Paras air Empangan Bukit Merah susut: JPS Perak laksana catuan air
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaksanakan catuan air berikutan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah.
El Nino: Catuan air mungkin dilakukan bergantung situasi
Ketika ini catuan belum dijalankan dan bekalan air bersih di Sandakan masih diagihkan seperti biasa.
Kerja penambahbaikan LRA SSP3 siap, pemulihan bekalan air bermula hari ini
Air Selangor menasihati pelanggan yang terjejas untuk menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan.
Catuan air di Melaka berakhir 1 April ini
Derita ditanggung hampir sejuta rakyat Melaka susulan catuan bekalan air berjadual yang dilaksanakan sejak penghujung Januari lalu bakal berakhir 1 April ini.
Kerajaan lulus peruntukan RM200 juta bina Empangan Jernih - KM Melaka
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kira-kira RM200 juta iaitu tambahan RM36 juta untuk pembinaan Empangan Jernih bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.
Sektor pelancongan Melaka dikhuatiri berdepan 'bad review' jika catuan air berterusan
Lebih membimbangkan,sekiranya pelancong dari luar negara memberikan ulasan yang kurang memuaskan kepada tahap perkhidmatan mereka.