Berikut merupakan susulan perkara yang berlaku selepas pelancaran serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
• Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
• Kerajaan Malaysia menolak rayuan waris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III supaya pasukan keselamatan negara yang menggerakkan Operasi Daulat menggencat senjata.
• Rakyat Malaysia telah meluahkan perasaan terkejut serta jijik dengan tindakan tidak berperikemanusiaan penceroboh Sulu di Sabah yang dilaporkan telah mencacatkan anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dipertempuran di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.
• Bekas Presiden Filipina menggesa Presiden Benigno Aquino III untuk bertemu dengan 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III untuk membincangkan bagaimana untuk menamatkan pertempuran yang kini berlaku di Sabah.
• Seramai 31 orang penceroboh Sulu termasuk ketua kumpulan itu yang berpangkat ‘jeneral’ , telah terbunuh dalam Ops Daulat yang diteruskan petang semalam.
• Naib Presiden PKR, Tian Chua bertegas enggan memohon maaf mengenai kenyataannya di laman portal KeadilanDaily yang mengaitkan krisis tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'konspirasi terancang UMNO'.
• Sebanyak RM4 juta diperuntukkan kerajaan bagi menaiktaraf tiga hospital di Lahad Datu, Semporna dan Sandakan bagi menyokong pasukan pejuang negara yang dikuatkuasakan serta merta.
• Kedaulatan Sabah adalah isu yang sudah diputuskan dengan muktamad serta tidak boleh dan tidak patut dipertikaikan oleh mana-mana pihak, tegas Perdana Menteri.
• Permohonan gencatan senjata oleh Waris Kesultanan Sulu mendapat reaksi pelbagai pihak.
• Waris Kesultanan Sulu mengumumkan gencatan senjata dan meminta pasukan keselamatan negara melakukan hal yang sama.
• Operasi pengusiran yang dikenali sebagai Operasi Daulat yang dijalankan oleh pasukan keselamatan negara telah memasuki hari ketiga dengan memfokuskan zon krisis di Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
• Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua pihak yang terlibat dalam krisis pencerobohan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah supaya menghentikan ketegangan dan kembali ke meja rundingan untuk mencapai penyelesaian yang aman.
• Astro Awani menghubungi Abd Hakim Rahman yang kini berada di Felda Sahabat, Lahad Datu untuk mendapatkan perkembangan terkini hari ketiga Ops Daulat.
• Penduduk di Lahad Datu meneruskan kehidupan seperti biasa di sebalik perasaan bimbang susulan pencerobohan penganas Sulu dari selatan Filipina.
Astro Awani
Thu Mar 07 2013
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu
Seorang anggota polis berpangkat koperal maut apabila van polis yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Felda Sahabat 16.
Dua warga Itali antara penumpang bas terbabas dalam gaung di Lahad Datu
Dua wanita warga Itali antara 19 individu yang berada di dalam sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu malam tadi.
Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.
Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Permohonan tujuh remaja lelaki untuk diikat jamin ditolak
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan istimewa yang mewajarkan perintah agar permohonan bagi mendapatkan jaminan mereka dibenarkan.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.
13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pelajar maut dipukul: Keluarga minta ruang, masih terkejut
Keluarga pelajar yang maut akibat dipukul di asrama sebuah kolej di Lahad Datu, meminta diberikan ruang daripada memberi sebarang kenyataan.
Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut
Mangsa dikenali sebagai Edwin dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman 12 meter.
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.