ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang merupakan suspek 'wanted' (dikehendaki) sejak tahun 2020 lalu di Jalan Nusa Idaman, Taman Bukit Indah di sini pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, suspek berusia 34 tahun itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri.
“Hasil siasatan suspek merupakan individu yang dikehendaki polis sejak 2020 di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Siasatan juga mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan malah hasil ujian air kencing suspek juga didapati negatif.
“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam masa sama, polis juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah dan sebagainya di balai polis berhampiran.
Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di Pusat Kawalan Daerah IPD Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 09 2023
Suspek merupakan individu yang dikehendaki polis sejak tahun 2020. - Foto IPD Iskandar Puteri
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
Suspek 'wanted' sejak tahun 2020 dicekup
Hasil siasatan, suspek merupakan individu yang dikehendaki polis sejak 2020 di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.