KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di dua kedai serbaneka di Jalan Sawi dan Taman Bukit Angkasa di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berusia 20-an itu ditahan di sebuah apartmen di Pantai Dalam pada hari yang sama.
"Kita turut merampas pakaian dan motosikal yang digunakan oleh suspek.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan tujuh kes samun di sekitar Daerah Brickfields dan Daerah Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Amihizam berkata, tangkapan itu susulan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sawi pada jam 3.08 pagi.
Mangsa yang sedang bekerja sebagai juruwang telah didatangi oleh suspek dengan menggunakan sebilah parang.
"Suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan sejumlah wang yang diambil dari mesin simpanan wang," katanya.
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup mendapati suspek memakai topi keledar warna hitam visor jingga, bersarung tangan dan membawa beg badminton.
"Pada hari yang sama kira-kira jam 3.30 pagi, satu lagi cubaan samun bersenjatakan parang telah berlaku di kedai serbaneka di Taman Bukit Angkasa," katanya.
Beliau berkata, suspek telah mengarahkan mangsa untuk menyerahkan rokok dan wang tunai namun pengadu telah bertindak pantas merampas parang yang dipegang oleh suspek.
"Suspek bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal, terdapat barangan peribadi milik suspek terjatuh di luar premis berkenaan," ujarnya.
Amihizam berkata, suspek akan dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur untuk proses permohonan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Amihizam berkata, orang awam yang ada maklumat berkaitan kesalahan jenayah, boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 16 2022

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di dua kedai serbaneka di Jalan Sawi dan Taman Bukit Angkasa.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Lelaki warga asing samun bersenjatakan parang diberkas
Dalam kejadian pada jam 3.26 petang itu, seorang lelaki yang juga peniaga berusia 54 tahun memaklumkan kedainya telah didatangi dua suspek.

Suspek terlibat 7 kes samun bersenjata parang diberkas
Tangkapan itu susulan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sawi pada jam 3.08 pagi.

Geng Acoi tumpas, lapan termasuk seorang wanita ditahan
Melakukan samun bersenjatakan parang dengan mensasarkan mangsa yang berjalan berseorangan di kawasan sunyi dan tiada ramai orang.