Dua lelaki dirakam memukul dan membaling objek kepada seorang pekerja stesen minyak di Sungkai, dekat sini pada 6 Oktober lalu, diminta untuk segera menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dua suspek termasuk salah seorang berbadan gempal, dirakam dalam klip video berdurasi 42 saat yang tular itu dalam media sosial, baru-baru ini.
“Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Asisten Superintendan Ong Chin Yong di talian 012-2013048,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam laporan polis yang turut ditularkan, mangsa berusia 24 tahun dan tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, Sungkai mendakwa seorang daripada kumpulan lelaki bermotosikal mahu mengisi minyak petrol, namun tidak dimaklumkan jenis minyak yang ingin diisi.
Laporan yang dibuat di Balai Polis Sungkai pada 6 Oktober lalu itu menyatakan, suspek lelaki bermotosikal itu didakwa tidak memberitahu jenis minyak petrol yang ingin diisi menyebabkan mangsa terus mengisi minyak RON95 ke dalam kenderaannya.
“Sejurus menyedari motosikalnya tidak diisi minyak RON97, pemilik motosikal terbabit kemudiannya tidak berpuas hati dengan saya dan mendakwa saya cuai. Saya kemudiannya memohon maaf, namun kumpulan bermotosikal bersama lelaki terbabit segera masuk kembali ke kaunter dan menarik saya keluar.
“Sekali lagi saya mohon maaf namun mereka bukan sahaja tidak mengendahkan, malah turut memukul dan membaling saya dengan tin minuman sehingga lebam muka,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan kejadian dan menegaskan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Video berdurasi 42 saat itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam menunjukkan seorang pekerja stesen minyak ditarik keluar sebelum dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal.
Sinar Harian
Wed Oct 17 2018
Dua individu yang dikenal pasti terlibat dengan kes pukul seorang pekerja stesen minyak di Sungkai diminta untuk menyerah diri IPD Tapah. -Foto Sinar Harian
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek pukul pekerja stesen minyak diminta serah diri
Dua suspek termasuk salah seorang berbadan gempal, dirakam dalam klip video berdurasi 42 saat yang tular itu dalam media sosial, baru-baru ini.