Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan yang melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.
Majistret Dora Undau membenarkan permohonan reman tersebut setelah suspek, yang bertugas di sebuah pusat boling di sini ditahan pada jam 3 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Abdullah, suspek ditahan bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Sabtu.
Hasil temu bual itu, Mustafa mendedahkan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penipuan berkenaan.
Setakat ini, seramai 23 orang telah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut.
BACA: 47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan
BACA: Tahanan Kemboja 'dipenjara' dalam banglo sebelum diberkas
BACA: 47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja
Suspek akan direman bermula 24 hingga 28 Februari bagi membantu siasatan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Rohana Wahed
Sun Feb 24 2019
Seorang suspek berusia 35 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini bagi mendapatkan perintah reman berhubung kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (03 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petani Kenya guna AI kenal pasti tanaman tidak sihat
Aplikasi yang dibangunkan oleh organisasi bukan untung Plant Village, menawarkan penyelesaian masa nyata untuk isu kesihatan tanaman, satu rahmat untuk petani yang telah lama bergelut untuk mengenal pasti tanaman berpenyakit.
PM Thailand isytihar aset RM1.8 bilion, termasuk 200 beg tangan berjenama
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan aset bernilai lebih 400 juta dolar Amerika (RM18. bilion).
Hanoi bandar paling tercemar di dunia
Ibu kota Vietnam, Hanoi, telah diselubungi jerebu tebal sejak beberapa minggu lalu, menjadikannya menjadi bandar paling tercemar di dunia.
30 terperangkap dalam bangunan, 12 dirawat hidu asap tebal
Daripada jumlah itu, 12 orang menerima rawatan akibat terhidu asap tebal dan tiada kematian dilaporkan.
FBI dedahkan gambar suspek serangan New Orleans
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan tiga gambar suspek selepas serangan maut yang meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa di Bourbon Street, New Orleans.
Lee Zii Jia terpaksa tarik diri diri dari Terbuka Malaysia
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
Hospital swasta: Polisi insurans nasional mungkin jalan terbaik selesai isu caj
Tegas Tze Tzin, masalah utama ketika ini berpunca daripada keuntungan berlebihan yang dinikmati hospital swasta tanpa kawalan.
6,000 surat tawaran haji sudah dikeluarkan - Mohd Na'im
Mohd Na’im berkata, surat tawaran haji telah diedarkan secara berperingkat kepada 31,600 bakal jemaah haji bermula 16 Disember lalu dan dijangka selesai pada 15 Januari ini.
Suspek kes tipu pekerjaan di Kemboja direman empat hari
Majistret Dora Undau membenarkan permohonan reman tersebut setelah suspek, yang bertugas di sebuah pusat boling di sini ditahan pada jam 3 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.