ALOR SETAR: Seorang suspek kes dadah ditemukan meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pagi Selasa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh berkata, kejadian melibatkan orang kena tahan (OKT) itu dipercayai berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi.
Beliau berkata, sebelum ini, OKT terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Ogos lalu di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Susulan itu, pihak koroner telah hadir ke tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.
"Siasatan dijalankan di bawah Laporan Mati Mengejut (LMM) oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, sebagai langkah awal, semua anggota yang bertugas semasa kejadian akan dipindahkan sementara ke cawangan lain sehingga siasatan selesai.
Tambah Fisol, siasatan juga akan memastikan semua arahan pentadbiran berkaitan lokap dan Kaedah-Kaedah Lokap 1953 dipatuhi.
Menurut beliau, pihak polis akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil kerana ia melibatkan kepentingan awam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 08 2023

Kejadian melibatkan orang kena tahan (OKT) itu dipercayai berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi Selasa. - Gambar hiasan
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

Suspek kes dadah meninggal dunia dalam lokap
Seorang suspek kes dadah ditemukan meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pagi Selasa.

Dadah: Dua pasangan suami isteri antara ditahan dalam Op Tapis
Dengan penahanan suspek itu, polis berjaya merampas sekitar 600 gram dadah jenis syabu dan heroin bernilai hampir RM20,000.