KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan siasatan kes gangguan seksual membabitkan peserta Unduk Ngadau selesai dan proses pendakwaan akan dijalankan esok.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, hasil siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk arahan serta tindakan selanjutnya.
Katanya, siasatan kes berkenaan selesai berikutan proses soal siasat terhadap 12 individu yang dipercayai terlibat sudah dilaksanakan.
"Seramai 12 individu disoal siasat termasuk peserta Unduk Ngadau dan seorang lelaki warganegara Australia yang bekerja dengan ahli politik terbabit.
"Tahanan reman ahli politik terbabit juga sudah berakhir semalam dan kini menunggu tindakan dan arahan selanjutnya daripada Pejabat Peguam Negara untuk pendakwaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hazani berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Ahli politik berkenaan ditahan 3 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang diterima daripada salah seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa dicabul suspek.
Suspek didakwa melakukan kesalahan itu semasa mengajak mangsa makan malam selepas membuat penggambaran di salah sebuah butik pengantin di Asia City.
BACA: Polis siasat laporan peserta Unduk Ngadau dicabul
BACA: 'Tampil jika pernah jadi mangsa gangguan seksual' - Persatuan Unduk Ngadau Sabah
BACA: Siasatan kes cabul peserta Unduk Ngadau, tempoh reman anggota STAR dilanjut
Sementara itu pada Isnin, seorang lelaki warga asing yang bekerja dengan suspek tampil membuat video secara langsung melalui akaun media sosialnya dan menulis kenyataan media kepada umum.
Ia bagi memperincikan perbuatan dan kegiatan tidak bermoral ahli politik terbabit sepanjang bekerja dengannya selama dua bulan.
Lelaki tersebut mendakwa dirinya ditugaskan untuk menyediakan gambar serta rakaman video bagi pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri baru-baru ini.
Antara lain, polis juga menerima satu lagi laporan daripada pengawal keselamatan yang mendakwa dikasari suspek di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang bulan lalu.
Junaidi Ladjana
Wed Jun 09 2021
Ahli parti STAR berkenaan ditahan di pejabatnya di Asia City pada pada 4 Jun lalu, . FOTO: Astro AWANI
Peguam sudah terima laporan kimia kes Zayn Rayyan
Pihak pendakwaan kes pengabaian kanak-kanak autistik, membabitkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memaklumkan semua dokumen berkaitan kes telah diserah kepada pihak pembelaan.
[TERKINI] Lawatan Rasmi PM Jepun ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan majlis sambutan dan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Ishiba Shigeru, di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Kerjasama hidrogen Petros, Petronas disokong oleh teknologi Jepun - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama Petros dan Petronas dalam tenaga alternatif hidrogen di Sarawak akan disokong oleh teknologi Jepun.
#AWANInews
#AWANInews
Supercopa de Espana: Real Madrid tentukan kejuaraan bertemu Barcelona
Real Madrid akan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Supercopa de Espana selepas menewaskan Mallorca 3-0, awal pagi tadi.
Usaha Jepun untuk Gaza sangat bermakna untuk Malaysia, umat Islam - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi bersama persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai.
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
179,000 dipindahkan susulan kebakaran hutan di Los Angeles
Ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan pada Jumaat di daerah Los Angeles dan Ventura.
Niaga SPOTLIGHT: Business Trends 2025: Balancing Life & Technology
The complex relationship between people and technology in 2025 is underscored by inflation and the cost-of-living crisis, driving consumer behaviour towards working smarter, not harder this year.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
Misteri bau busuk bawa penemuan mayat seorang lelaki
Mayat lelaki berusia 68 tahun ditemui mati dalam keadaan berbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya.
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Kematian bayi di Taska: Srikandi Bersatu gesa beri perhatian serius, kemuka empat cadangan
Srikandi Bersatu cadang penubuhan Unit Khas Pengawasan di bawah kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Suspek kes cabul peserta Unduk Ngadau didakwa esok
Polis Sabah mengesahkan siasatan kes gangguan seksual membabitkan peserta Unduk Ngadau selesai dan proses pendakwaan akan dijalankan esok.