JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang disyaki membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi berusia tiga bulan direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari, yang membenarkan permohonan reman polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Suspek yang berusia 24 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.
Dia ditahan 2.45 petang semalam di Permas Jaya, beberapa jam selepas melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal.
BACA: Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal
Suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal itu disyaki membunuh isterinya yang berusia 26 tahun dan anak lelakinya di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu, di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 12.42 tengah hari.
Sebilah pisau pemotong daging yang digunakan suspek bersama sebuah motosikal turut dirampas.
Dalam perkembangan lain, jenazah ibu dan anak itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu sebelum solat Zohor hari ini.
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Jul 05 2022

Suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal itu disyaki membunuh isterinya dan anak lelakinya di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Suspek tipu pesawah direman empat hari
Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan wang jualan padi kepada pesawah di lapan kampung di Hulu Besut.

Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu
Ketiga-tiga suspek ditahan antara jam 3 petang hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di SPRM, Johor.

Lelaki tumbuk pelajar hingga patah hidung direman sehari
Menurut ACP Naazron, seramai enam individu telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Berkelakuan tidak senonoh: Doktor direman sekali lagi
Majistret benarkan suspek yang juga Doktor bahagian Forensik berusia 43 tahun direman selama empat hari sehingga 10 Mac.

Berkelakuan tidak senonoh: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
Jaminan itu diberikan selepas perintah reman terhadap doktor berusia 43 tahun berkenaan tamat hari ini.

Suspek tetak bapa direman tiga hari
Reman terhadap lelaki berumur 45 tahun itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria, berikutan tempoh remannya tamat hari ini.

SPRM reman CEO Able Global bagi mudahkan siasatan rasuah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Able Global Bhd, Edward Goh Swee Wang, direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).