Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian, suspek lelaki yang berumur 38 tahun menaiki teksi mangsa dari pusat bandar hendak ke Sibuga.
Setibanya di lokasi kejadian, suspek menarik beg sandang milik mangsa, namun gagal.
Mangsa memberhentikan teksinya di tengah jalan dan berlaku kejadian tarik menarik.

Tindakan pantas sepasukan pegawai dan dua anggota polis yang kebetulan lalu di kawasan tersebut berjaya menahan suspek yang cuba melarikan diri.
Suspek kini ditahan reman.
Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.