Suruhanjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Terengganu diwujudkan hari ini yang berperanan menjadi orang tengah dalam menyatukan perbezaan pendapat antara ahli politik, tokoh agama dan profesional di peringkat negeri.
Pengerusi MDN, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata tiga dewan kerja utama turut dibentuk iaitu Dewan Ekonomi, Pendidikan dan Sosiobudaya yang bertindak sebagai badan perundingan dan pelaksanaan rancangan kerja terbaik ke arah memangkin perpaduan serta pembangunan ummah di negeri ini.
Suruhanjaya itu katanya akan diketuai bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Ismail Ali selaku Pesuruhjaya manakala Datuk Dr Alias Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Prof Datuk Dr Mohamed Anwar Omar Din (Naib Pesuruhjaya 1) serta Prof Dr Fadzli Adam (Naib Pesuruhjaya 2).
"Penubuhan Suruhanjaya MDN Terengganu itu merupakan antara resolusi yang dicapai dalam Multaqa Ilmuwan dan Profesional Terengganu yang diadakan pada 25 Mac lalu di sini.
"Kita sememangnya berhasrat untuk membentuk MDN di peringkat negeri dan ketika ini inisiatif sama sudah dilaksanakan di Kelantan, Kedah serta Sabah," katanya.
Mahmood Zuhdi berkata demikian kepada pemberita selepas pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa suruhanjaya itu di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berharap penubuhan suruhanjaya itu dapat menyumbang secara aktif dalam meningkatkan potensi ilmuwan, profesional, pendidik, aktivis dan anggota masyarakat ke arah memperkasakan dakwah dan mengangkat martabat umat Terengganu secara menyeluruh.
Beliau juga berharap suruhanjaya itu diterima baik oleh semua pihak dan bersama-sama dengannya dalam usaha melestarikan dakwah dan pembangunan umat Islam di Terengganu dalam pelbagai bidang penting yang akan dikenal pasti dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017
Mahmood Zuhdi berharap suruhanjaya itu dapat menyumbang secara aktif dalam meningkatkan potensi ilmuwan, profesional, pendidik, aktivis dan anggota masyarakat ke arah memperkasakan dakwah dan mengangkat martabat umat Terengganu. - Gambar fail
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Suruhanjaya Majlis Dakwah Negara Terengganu diwujudkan
Tiga dewan kerja utama turut dibentuk iaitu Dewan Ekonomi, Pendidikan dan Sosiobudaya yang bertindak sebagai badan perundingan dan pelaksanaan rancangan kerja terbaik.