KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan mencampak anak kucing dari tingkat satu sebuah flat di Cheras, sehingga menyebabkan haiwan itu mati, bulan lalu.
Nina Norhaslinda Mazlan, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu, di koridor tingkat satu, hadapan sebuah rumah di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini pada jam 7.35 pagi, 25 Disember tahun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(c) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum di bawah seksyen 29(1) akta sama, yang membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Fadzilah Abdul Karim mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
"Ia berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di balai polis berdekatan," katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kadar itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tanpa dikenakan syarat tambahan.
Mahkamah menetapkan 6 Februari depan untuk sebutan kes dan lantikan peguam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 05 2024
Nina Norhaslinda (tengah) mengaku tidak bersalah mencampak anak kucing dari tingkat satu sebuah flat di Cheras, sehingga menyebabkan haiwan itu mati, bulan lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Suri rumah tidak mengaku campak anak kucing dari tingkat satu
Nina Norhaslinda mengaku tidak bersalah mencampak anak kucing dari tingkat satu sebuah flat di Cheras, sehingga menyebabkan haiwan itu mati, bulan lalu.