SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan tergamak mengelar leher seorang wanita sehingga mati yang juga merupakan ibu kepada teman wanitanya di salah sebuah rumah di Apartment Taman Sentosa, semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal polis mendapati, mangsa tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 25 tahun.
“Suspek yang juga kekasih anak mangsa datang ke rumah mereka pada jam 5.50 petang, sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
“Suspek dipercayai bertindak mengelar bahagian leher dan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Manakala anak perempuan mangsa pula cedera ringan di bahagian tangannya,” katanya.
Abdul Fuad berkata, selepas kejadian, suspek yang juga warga tempatan berusia 31 tahun menyerah diri di Balai Polis Sandakan dan ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
Katanya, setakat ini, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan suspek kini ditahan reman.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duches of Kent untuk bedah siasat.
"Kes siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Radhi Muslim
Sun May 29 2022

Seorang suri rumah maut selepas dikelar di bahagian leher dalam kejadian pada petang Sabtu. - Gambar hiasan

Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan bersama DAP untuk mengangkat martabat negara dengan tadbir urus yang cekap dan memerlukan dukungan masyarakat pelbagai kaum.

'Susah payah kumpul duit, kereta hasil berniaga musnah terbakar'
Dalam kejadian itu, Norhamidi dalam perjalanan pulang selepas mengambil stok jualan kuih raya dari pembekal di Parit Sulung apabila tiba-tiba keretanya mengeluarkan asap tebal.
AWANI Ringkas: DAP bukan "Yes Man'' atau Pak Turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DAP bukan pak turut atau 'yes man' - Guan Eng
DAP bukan ‘pak turut’ atau sentiasa menjadi ‘yes man’ kepada mana-mana pihak meskipun parti itu merupakan rakan setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu sebaliknya hanya tunduk kepada kemahuan rakyat Malaysia.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu sebaliknya hanya tunduk kepada kemahuan rakyat Malaysia.
Main sentimen konon kerajaan tunduk dengan DAP - PM
Pihak yang sering memainkan sentimen perkauman untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini hanya mengulangi tindakan lapuk.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai pendekatan 'desperado' dalam politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai pendekatan 'desperado' dalam politik.
Kerajaan tidak campur urusan badan kehakiman - PM
Kerajaan tidak pernah sesekali campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan badan kehakiman.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka yang dilantik dalam badan itu berwibawa dan tidak terjerumus dengan kepentingan perniagaan serta rasuah.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka yang dilantik dalam badan itu berwibawa dan tidak terjerumus dengan kepentingan perniagaan serta rasuah.

Kebakaran hutan dan ladang nanas kini cecah 113 hektar - Bomba Pahang
Operasi pemadaman melibatkan 99 anggota bomba dan menggunakan kaedah water bombing serta pemadaman terus untuk mengawal kebakaran.

Nenek tular di TikTok, Nek Esah meninggal dunia
Nek Esah yang berusia lingkungan 100 tahun itu memiliki enam anak, 56 cucu, 101 cicit serta 12 piut.
Individu hina Islam berdepan tindakan tegas
Hina Islam atau agama lain tidak akan dibiarkan begitu saja sebaliknya tindakan tegas akan diambil tidak kira kepada sesiapa sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar.

Isu 3R: Polis serah kertas siasatan aktivis kepada AGC esok
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.