KUALA LUMPUR: Pemain industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus mengguna pakai surat kebenaran beroperasi Sistem Maklumat Industri Logistik (Sistem SMILE) bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini menyebut ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur dari 3 hingga 16 Julai depan serta pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Bagaimanapun, surat terbaharu dengan pindaan mengambil kira peralihan dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke PPN sedia dimuat turun pada hari ini (5 Julai) dari sistem SMILE melalui laman sesawang https://application.mot.gov.my. Pemain industri digalakkan untuk memuat turun surat ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut bagi aktiviti memunggah masuk atau memunggah keluar barangan bukan keperlua (non-essential) ia hanya dibenarkan di kawasan luar PKPD sahaja (di seluruh negara) berdasarkan kepada prosedur operasi standard sedia ada.
Bagi kawasan dalam PKPD, ia hanya terhad kepada syarikat pergudangan sahaja kerana syarikat ini merupakan perkhidmatan rantaian kepada pelabuhan dan lapangan terbang yang jelas dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKPD Selangor.
"Bagi sektor selain pergudangan, aktiviti memunggah masuk atau keluar hanya terhad kepada syarikat yang tersenarai dalam senarai 'keperluan' PKPD sahaja.
Menurut kenyataan itu sektor pergudangan tidak tertakluk kepada had operasi barangan keperluan sahaja kerana ia menyediakan perkhidmatan penyimpanan dan pemunggahan barangan siap kepada pelabuhan.
"Aktiviti sektor pergudangan ini tidak melibatkan sebarang aktiviti pembuatan. Sehubungan itu, sektor pergudangan boleh terus beroperasi tanpa kekangan kepada jenis barangan keperluan dan bukan keperluan," menurut MOT.
Kenyataan itu menyebut perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik termasuk pengangkutan laut, udara dan maritim; barangan dan pengangkutan awam serta pelabuhan dan lapangan terbang.
Selain itu, perkhidmatan kepada pelabuhan dan lapangan terbang seperti 'off dock/on dock' depoh; pemusnahan dagangan zon bebas; pembekalan keperluan kapal dan membekal air bersih; operasi courier/p-hailing (penghantaran barangan melalui kenderaan persendirian dan perdagangan) serta perkhidmatan terminal pengangkutan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021

Pemain industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus mengguna pakai surat kebenaran beroperasi Sistem SMILE bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya. - Gambar hiasan/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

APMM Selangor tahan bot, empat kru warga asing langgar syarat sah lesen
APMM Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama empat kru warga asing kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Sekinchan, Selangor, semalam.

SPR saran bakal calon PRK Kemaman isi borang, buat semakan awal sebelum hari penamaan
Semua bakal calon PRK Parlimen Kemaman disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu.

Guna helikopter ambil 36 bungkus 'nasi ganja': Polis siasat surat kebenaran rentas negeri
Polis akan menjalankan siasatan samada mereka yang mengambil tempahan nasi ganja di sini menggunakan helikopter mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

COVID-19: Kes baharu Indonesia lepasi angka 50,000, jalan utama memasuki Jakarta ditutup
Pada Rabu, sebanyak 54,517 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,670,046 kes.

Rentas daerah: Hampir 30,000 surat kebenaran dikeluarkan di Gua Musang
Hampir 30, 000 surat kebenaran kepada orang ramai yang ingin merentas daerah Gua Musang, Kelantan.

Surat kebenaran beroperasi sektor logistik, pengangkutan boleh terus digunakan - MOT
Pemain industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus mengguna pakai surat kebenaran beroperasi Sistem SMILE bertarikh dari 1 Jun 2021 dan ke atas bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya.

Semua kerja pembinaan dihentikan di kawasan PKPD di KL dan Selangor - Fadillah
Semua kerja pembinaan dan berkaitan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dihentikan selaras dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.