GUA MUSANG: Cuaca panas berlarutan turut memberi kesan kepada paras air Sungai Nenggiri, di sini yang kini semakin surut sehingga menyebabkan keadaan berlumpur, selain beting pasir dan batu-batuan mula timbul.
Pemandu bot enjin galah, Muhamad Fakhry Sharif, 27, berkata situasi air sungai yang semakin mengering itu disedari pemandu bot dan nelayan sejak awal minggu lepas.
Katanya keadaan itu memaksa mereka untuk lebih berhati-hati memandangkan paras air sungai turut menimbulkan risiko terhadap pekerjaan mereka sama ada sebagai nelayan sungai mahupun membawa bot penumpang.
"Kami dapati Sungai Nenggiri surut lebih dua meter sejak awal minggu ini. Kami sedar risiko keselamatan ketika mengemudi bot dalam keadaan air surut, tetapi sebagai nelayan sungai kami perlu terus bekerja menggunakan bot untuk menjana ekonomi keluarga.
"Kami berharap cuaca panas ini tidak berpanjangan dan dapat meneruskan aktiviti di kawasan Sungai Nenggiri seperti biasa. Selain menoreh dan berkebun, ramai penduduk menjadi nelayan sungai untuk menampung keperluan harian," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bertam Baru, di sini.
Pemandu bot enjin sangkut, Shaari Mustapa, 55, berkata sebahagian pemandu bot yang terkesan terpaksa berhenti kerja buat sementara kerana bimbang risiko yang akan dihadapi.
Dia yang berpengalaman lebih 40 tahun mengendalikan bot, berkata hanya pemandu bot enjin galah dan enjin sangkut yang mahir sahaja berani meneruskan tugas mereka mengemudi bot bagi membawa penumpang atau mencari hasil sungai.
"Dengan pengalaman yang ada saya sudah mahir selok-belok arus Sungai Nenggiri. Kebanyakan orang baharu atau orang luar akan berhenti membawa bot di sungai ini ketika air surut kerana banyak cabaran termasuk kawasan sungai banyak beting pasir, tunggul kayu dan batu besar," katanya.
Menurut Shaari jalan sungai menjadi pilihan sesetengah penumpang untuk ke Kampung Lulut atau Kuala Sungai kerana hanya mengambil masa kira-kira 15 minit berbanding lebih dua jam jika menggunakan jalan darat dari Ladang Serasa.
Menurutnya harga tambang bot enjin sangkut yang dikenakan antara RM80 dan RM150 untuk tempoh sehari.
--BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Pemandu bot enjin galah Muhamad Fakhry Sharif, 27, menelusuri Sungai Nenggiri di Gua Musang. - Foto BERNAMA
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.
Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Sungai Nenggiri di Gua Musang semakin surut akibat cuaca panas
Cuaca panas berlarutan turut memberi kesan kepada paras air Sungai Nenggiri yang kini semakin surut sehingga menyebabkan keadaan berlumpur, selain beting pasir dan batu-batuan mula timbul.