Pencemaran gas dan sisa pembuangan kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang semalam, merupakan insiden paling buruk dihadapi penduduk sekitar dan baunya masih dapat dihidu para penduduk sehingga hari ini.
Seorang penduduk Kampung Pulai, Zulkifly Kassim, 50, mendakwa dia bersama penduduk lain sudah terbiasa dan lali dengan pencemaran di sungai berkenaan, namun insiden pada Khamis disifatkan terburuk kerana terdapat pelajar sekolah dan penduduk mengalami sesak nafas, mual serta muntah.
Zulkifly yang menetap di kampung itu lebih 20 tahun berkata kesan sisa kimia seperti minyak berwarna hitam yang bertakung juga masih jelas kelihatan di sepanjang tebing anak sungai, pagi Jumaat.
"Pencemaran di sungai ini (Sungai Kim Kim) memang selalu, seminggu sekali air akan bertukar warna kuning, tetapi ini yang paling teruk sampaikan air bertukar hitam.
"Baunya juga terlalu kuat sehingga saya sekeluarga tidak boleh tidur, ada juga penduduk yang tidak tahan dan sesak nafas selain mual-mual akibat daripada pembuangan sisa kimia ini," katanya yang ditemui pemberita, di rumahnya, kira-kira 300 meter dari Sungai Kim Kim, pada Jumaat.
Zulkifly yang merupakan pemilik bengkel kenderaan berkata berikutan kejadian itu, dia bersama penduduk kampung membuat laporan polis di Balai Taman Pasir Putih, kira-kira pukul 11 malam Khamis, untuk siasatan lanjut pihak berkuasa.
Sementara itu seorang lagi penduduk Kampung Pasir Putih, Mohd Zaki Hitam, 50, berkata bau bahan kimia berkenaan masih dapat dihidu pagi ini dan ekoran itu, dia tidak membenarkan anggota keluarganya keluar dari rumah bagi mengelak kejadian lebih buruk.
"Walaupun bau busuk tidak seteruk semalam, tetapi, kami sekeluarga tetap berwaspada memandangkan rumah kami berada di tepi anak Sungai Kim Kim," katanya yang memiliki lapan anak dan tinggal bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih.
Mohd Zaki yang merupakan seorang guru di SK Cahaya Baru, Masai, berkata semasa kejadian semalam, dia tiada di rumah kerana sedang mengajar, namun dia sempat menghubungi seorang saudara bagi mengambil isteri dan beberapa anak di rumah untuk dipindahkan ke tempat selamat.
"Syukur isteri dan anak-anak selamat. Saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang dan pihak yang terlibat dapat dikenakan undang-undang sewajarnya," katanya.
Pada Khamis, 1,400 pelajar SMK Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, diarah mengosongkan kawasan sekolah selepas terdapat pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai dari bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.
Setakat ini 39 mangsa termasuk 21 pelajar SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih serta orang awam dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, selepas terhidu gas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2019
![Sungai Kim Kim sering dicemari, insiden pada Khamis paling buruk - Penduduk Sungai Kim Kim sering dicemari, insiden pada Khamis paling buruk - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51552051813_gasberacun.jpg)
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diberi rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai terhidu bau disyaki gas kimia pada pagi Khamis. - Bernama
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734537369_SazaleeAdam.jpg)
Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut
Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.
![Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734520292_tbLogoECRLAnthony.jpg)
Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.
![Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41538178993_DewanBahasa.jpg)
Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP
Rakyat masih terperangkap Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, serta mutu tersendiri.
![Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731823979_IGPRazarudinGISB.jpg)
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
![VANZO perkenal Peresap Pintar untuk Kereta, pengalaman baharu wangian pemanduan VANZO perkenal Peresap Pintar untuk Kereta, pengalaman baharu wangian pemanduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734534525_VANZOSmartCarDif.jpg)
VANZO perkenal Peresap Pintar untuk Kereta, pengalaman baharu wangian pemanduan
Dilengkapi teknologi sensor getaran canggih yang membolehkan ia secara automatik dihidupkan dan dimatikan.
![Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734532316_AminuddinHarun.jpg)
Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.
10 Berita Pilihan - (18 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 19 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600340646_maut.jpg)
Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis
Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dipantau pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.